وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
“Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)”
Terdapat beberapa penafsiran terhadap perkataan عَصۡر .
1. Masa yang hampir tamat tempohnya.(Kehidupan dunia sekejap sahaja lagi)
2. Pati hasil perahan buah atau ‘jus’.
3. Waktu Asar (maksudnya waktu yg sudah hampir malam)
Kesimpulan dari surah ini, Allah bersumpah dengan masa. Masa yang sebenarnya dah tinggal sedikit sahaja lagi, hampir habis. Dan Allah sambung dengan sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kiranya semua manusia sekarang ini tengah rugi. Kecuali orang yang beriman, beramal soleh, saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Jika rujuk dalam tafsir fi zilal, huraian-huraian tentang 4 ciri di atas sangat best. Iman diertikan dengan hubungan antara insan kerdil dengan penciptanya yang miliki segala-galanya. Amal pula akan lahir dari iman yang hidup. Dan manusia tidak terlepas dari kerugian jika dia hanya melakukan kebaikan berseorangan. Dia perlu mengajak orang sekeliling untuk turut sedar yang keadaan umat Islam sekarang tenat dan penuh dengan jahiliyah. Semua perlu bangkit menjadikan Islam sebagai cara hidup kita dan kemudian Islam pasti akan menang semula. Dan dalam proses mengajak orang kepada kebenaran itu akan sentiasa ada halangannya. Oleh itu, kita ada kawan-kawan; ahli usrah yang akan sentiasa berpesan-pesan dengan kesabaran.
Video ini wajib ditonton;
http://www.youtube.com/watch?v=547B7XbTicI
Akhir sekali kak nura meminta agar adik-adik mesej pada group apa yang dia akan lakukan apabila balik daripada usrah ini. Dan apabila jiha selesai baca, silalah mesej ye.
Moga Allah berkati masa-masa kita dan moga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment