Nota ni khas untuk adik yang balik Malaysia tiba-tiba. Baca dengan hati ye. Bayangkan kami bersama.
Kami mulakan liqa' dengan al fatihah dan kemudian iftitah oleh kak nura disebabkan mc tak menghadirkan diri. Jadi, k nura menayangkan video ringkas mengenai kematian. Sangat menyentap hati video ini.
http://www.youtube.com/watch?v=AjHJ_LiL1m8
Kemudian, liqa' diteruskan dengan anak-anak usrah kene marah dengan k nura sebab tak bawa barang yang disuruh. Hehe.
Kami selepas itu sama-sama membuka surah al qiyamah untuk sesi tilawah dan tadabbur.
K nura share ayat kedua;
"Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang selalu menyesali dirinya sendiri"
K nura kata nafsu terbahagi kepada tiga; nafsu mutmainnah, nafsu lawamah dan nafsu amarah. Nafsu mutmainnah adalah jiwa yang sentiasa taat pada Allah sebagai contoh para malaikat dan rasul, nafsu amarah adalah jiwa yang sentiasa melanggar perintah Allah, dan nafsu lawamah adalah jiwa yang selalu melakukan kesalahan, namun sentiasa menyesal dan bertaubat semula. Inilah yang paling dekat dengan kita; nafsu lawamah. Seorang hamba sepatutnya setiap hari muhasabah kembali keadaan dirinya di hari itu, supaya dia sedar akan dosa-dosanya dan kembali bertaubat. Inilah jiwa yang paling dekat dengan nafsu mutmainnah itu dan seterusnya akan diredhai Allah di hari kiamat kelak.
Iman share ayat 37-40;
"Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!"
Iman kata Allah berkuasa menjadikan kita dari air mani kemudian embryo dan fetus dan kemudian terbentuklah manusia yang sempurna. Dan di ayat akhir Allah berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati, takkanlah Allah tak berkuasa mematikan kita. Kita boleh mati bila-bila masa sahaja.
Hani share ayat 10;
"(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?""
Hani kata cuba tengok movie 2012. Memang sangat menakutkan hari kiamat itu. Kalau dalam movie tu kononnya akhirnya mereka dapat menyelamatkan diri tapi hari kiamat nanti takkan boleh. Hanya kepada Allah semuanya akan kembali.
Yang lain akak tak catat pula sebab huraian mereka best sangat tapi disebabkan akak tak catat maka akak tak ingat. Tapi fatimah share ayat ni;
"Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menyembuhkan?"
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;"
Mira ada hurai sedikit mengenai matlamat hidup, kita diciptakan bukan main-main, ada tujuan sebagai hamba dan khalifah. Hidup ini ibarat one-way ticket, sudah tak boleh berpatah balik. Bayangkanlah kalau kita naik kapal terbang beli one-way punya je, mesti sedih kan tinggalkan orang yang tersayang dan mesti akan buat sehabis baik kerana tahu tidak akan bertemu semula.
Kemudian kami beralih pada surah al asr.
Yang ni tengok tajuk kedua; pengajaran surah al asr.
Selepas itu, kami makan roti jala bersama-sama kecuali kak nura kot sebab dia merajuk sekejap. Dan tiba-tiba kak nura buat surprise untuk anniversary usrah kita dan beserta sambutan birthday iman, amal dan mira.
Dan kami pun bergambar bersama-sama tetapi tanpa jiha T.T
Dan akhirnya k nura buat video ucapan. Dan kami pun berpisah. Moga Allah meredhai perkumpulan hati-hati kami hari itu.
No comments:
Post a Comment