Tuesday, 27 January 2015

Jaulah UK-Eire

Sayup-sayup kedengaran zikir istighfar dari handphone pemilik rumah ini. Sudah 3 hari berada di alam realiti selepas lapan hari di alam fantasi mungkin. Pengalaman dan tarbiyah dari Allah semasa jaulah bersama akhowat ke London dan Ireland memang tidak dapat dilupakan. Satu-satu kenangan diimbau.
 
Hari pertama sampai di bumi London berpeluang berkenalan dan mendengar perkongsian dari seorang ukhti. Ukht hebat ini merupakan salah seorang mas’ulah yang menjaga tarbiyah di London. Selesai sahaja makan di café Malaysian hall kami segera naik ke bilik untuk mendengar perkongsian. Hebat mujahadah adik-adik, walaupun sudah penat masih mampu membuka telinga dan hati.
Ukht ini mula menerima tarbiyah ketika umurnya 26 tahun, sudah bekerja ketika itu. Kata dia, murobbi pertamanya adalah seorang ukht yang baru habis belajar dari London. Tarbiyah berjaya mengesani hati ukht ini dan akhirnya membuatkan dia terus thabat dalam jalan dakwah dan tarbiyah.
 
Allah ingin mengajar aku bahawasanya tarbiyah tidak mengenal usia. Jika kita berbicara tentang matlamat hidup sebagai hamba dan khalifah, siapa je yang tidak mahu mendengar. Boleh dikatakan semua merasakan diri patut tahu dan apabila mereka sedar itu, mereka akan terus bergerak.
 
Aku refleksi diri. Aku selalu merungut dilahirkan anak kelapan dari sembilan adik-beradik. Terlalu cemburu dengan rakan-rakan yang dilahirkan sebagai anak sulung. Kakak atas aku sudah berumur 27 tahun, hampir dirasakan mustahil untuk mendengar kata-kataku. Namun, aku hanya berfikir dan mengadu tanpa sebarang tindakan. Sudah tentu tidak ada apa yang berlaku. Seolah mengharapkan bulan jatuh ke riba, semua orang tiba-tiba mendapat hidayah dan tarbiyah tanpa ada usaha.

Alhamdulillah, Allah sedarkan diri dan moga Allah terus kuatkan diri memimpin diri dan keluarga untuk bersama-sama hidup dalam kemanisan iman ini.
Ayat al quran ajak keluarga
------------------------------------------------------------------------
Shopping bags penuh di tangan kami berlima. Penat membeli-belah di Oxford Street.  Walaupun hampir kesemua kedai tutup apabila kami sampai di situ, tetapi kami turut berkesempatan membeli sourvenir untuk keluarga.
 
Tiba-tiba seorang wanita English terlanggar aku. Sempat dia meminta maaf sebelum meneruskan perjalanan. Kami sampai di stesen tube oxford circus dan akan mengambil tube pulang ke Bayswater tempat penginapan kami semua.
 
Kelihatan beberapa orang lagi remaja-remaja turut bergegas mengejar train. Hati rasa ada yang tidak kena. Penat memikirkan apa yang mengacau fikiran.
 
Tiba sahaja di bilik terus muhasabah diri. Kata kawan sebilik, “Tak sabar nak tinggalkan London dan terbang ke Ireland.”
 
Aku merasakan perkara yang sama. Perasaan tak sedap hati itu kembali merantai diri. Sepanjang hari ini apa yang dilakukan hanyalah meronda London; tangkap gambar, bergelak ketawa dan membeli-belah. Berjalan pun lenggang-lenggang. Masa tidak dijaga dengan baik walaupun ketika itu masih belum menunaikan solat walaupun solat jama’ taakhir.
 
Segala yang disebutkan dalam usrah seakan-akan hilang. Bukankah kewajipan itu melebihi masa? Setiap detik akan dihisab Allah di akhirat nanti. Tidak mampu jawab dengan Allah nanti atas setiap detik yang dihabiskan di sini.
 
Namun, moga Allah terus memberi hidayah kepada hati-hati yang selalu berdosa tetapi kembali menyesal dan bertaubat. Moga Allah tak jemu mengampunkan hambaNya yang hina ini.
Akan tetapi seronok apabila dapat menggembirakan seorang jaulahmate ni. Katanya, London sangat cantik dan dia sangat berharap dapat tinggal di sini. Dia jatuh cinta dengan seni bina bangunan di sini yang agak antik namun masih cantik. Moga jaulah ini terus dihidupkan dengan ukhuwah yang terbina keranaNya.
 
Alhamdulillah, tepat pukul 6.15 petang, kami touch down di Dublin international airport, Ireland. Rindu akan tarbiyah di bumi ini walaupun tidak pernah lagi menjejakkan kaki di sini. Mungkin hati-hati kami telah lama bersatu di dalam doa Rabithah.
 
Kami berlari ke arah untuk menyempatkan diri untuk menaiki bas pada jam 6.45 petang. Alhamdulillah Allah sempatkan kami menaiki bas itu yang mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai ke Galway.
 
Terlalu banyak yang Allah mudahkan dan hadiahkan kepada kami sepanjang jaulah. Tiada masalah teknikal sangat (atau mungkin aku yang tak mersakan kerana tidak berfikir bersama), tidak terlepas bas atau flight, tidak susah peroleh makanan halal, tidak tersesat, tidak kena pickpocket dan bermacam tidak lagi. Sebaliknya, Allah hantarkan orang untuk membelaja kami makan, menunjukkan jalan ketika kami sesat, menyedarkan kami tentang kepentingan tarbiyah dan bermacam lagi. Allah sangat Pemurah, namun hambaNya yang hina ini selalu melupakan dan kufur nikmatNya. Moga Allah terus mengilhamkan diri untuk bersyukur atas setiap kurniaan yang diberiNya.

Sampai di Galway, dua akhowat menyambut riang. Seolah telah lama berkenalan. Hati melonjak gembira bertemu dengan ukht yang selama ini hanya bertemu di whats app sahaja.
Tibalah sesi taaruf yang dinanti-nanti. Bukankah tak kenal maka tak cinta. Moga apabila telah berkenalan ini maka Allah  akan suburkan cinta di hati-hati kami untuk terus bersatu menegakkan syariatNya di muka bumi.
Satu soalan ditanya oleh akhowat Galway. “Entunna berlainan tahun, jurusan, university dan jauh-jauh duduknya di Jordan. Apa yang menyatukan entunna untuk jaulah bersama?”
 
Jawapan diberi oleh seorang ukht. “Tarbiyah”
 
Perkataan keramat ini yang terkeluar. Benar, ada antara yang belum pernah berjumpa sebelum ini. Namun, atas nama tarbiyah, kami berkumpul untuk sama-sama mencari cinta dalam jaulah ini, cinta kepada yang memberi nikmat tarbiyah ini pada kami.

Pertemuan dengan seorang kawan lama di Galway itu sangatlah memberi kesan yang berbekas di hati. Dahulunya, kami sekelas tetapi selesai PMR, dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di SPB.
 
Malam itu kami duduk sharing bersama. Akhowat Galway ramai-ramai berkumpul di RI ini. Mereka bercerita mengenai tarbiyah dan berkongsi penyelesaian terhadap masalah-masalah dnt di tempat masing-masing.
 
Lama aku memandang sahabatku itu. Dia memang berbeza dari dahulu. Sejak sekolah lagi, dia merupakan budak baik dan elok bacaan al quran. Namun, aku nampak perubahannya dari segi fikrah yang dibawanya. Dia merupakan seorang yang bekerja untuk terus menyuburkan dakwah dan tarbiyah di sana.
 
Suatu hari, aku bertanya kakak tentang tarbiyahnya. Kata kakak itu, baru-baru ini dia merupakan muwajjih ISK di tempat itu. Aku terpaku sebentar, hebatnya dia sehingga dapat menyampaikan daurah ‘Ini Sejarah Kita’ di tempat itu. Daurah yang kebiasaannya sangat menyedarkan dan menjadi turning point untuk aku dan kebanyakan orang. Alangkah banyaknya ganjaran dari Allah apabila dapat membuka hati-hati manusia-manusia yang dahulunya dalam kegelapan untuk memandang realiti dan matlamat hidup di dunia iaitu sebagai hamba dan khalifah. Besarnya ganjaran ini yang lebih baik dari unta merah. Aku cemburu.

Hari pertama di Dublin, kami dibawa oleh akhowat untuk bersiar-siar di universiti. Mereka membawa kami ke satu tasik yang cantik yang terdapat di dalamnya swan. Seorang akak berlari-lari membeli roti untuk diberi pada swan di tasik.
 
Terdapat dua jenis swan;satu warnanya putih bersih dan satu lagi kelabu. Kata kakak itu, yang putih jantan dan yang kelabu betina. Oh, aku baru tahu fakta itu, masakan yang jantan lebih cantik dari betina.
 
Kami melambung makanan ke tasik untuk menarik perhatian swan itu. Alangkah terkejut apabila yang mula-mula menyambar adalah burung-burung kecil yang kami tidak tahu berasal dari mana. Burung-burung itu terus berkurumun untuk mendapatkan makanan dari kami. Kelihatan swan perlahan-lahan bergerak ke tempat makanan. Tetepi makanan di tangan hampir habis. Entah ada atau tidak makanan untuk swan itu.
 
Burung ini sangat gelojoh sampaikan makanan yang masih di tangan pun disambarnya. Belum sampai makanan yang dicampak itu ke permukaan tasik tapi terus disambar mereka di udara.
 
Aku merenung sejenak. Selama ini, akukah swan itu? Yang terlalu perlahan bergerak dalam jalan ini? Terlalu perasan hebat dengan kecantikan atau kebolehan diri sehingga apa peluang yang ada ditolak tepi. Membiarkan orang lain menyambar semua yang ada. Akhirnya, membiarkan sisa-sisa yang menjadi teman.

Sedangkan dalam beribadah tiada ithar, dalam bekerja perlu kepada pegangan ‘fastabiqul khairat’. Aku orang yang selalu menolak peluang-peluang untuk lebih laju dalam jalan ini. Membiarkan diri bersenang-lenang, tidak menjaga tarbiyah diri bersungguh-sungguh. Aku cuma takut Allah tak pandang aku suatu hari nanti. Kerana tiada satu pun kerja aku yang bersungguh-sungguh dan sehabis baik itu. Jiwa, tenaga, harta, masa tak diinfaqkan betul-betul dalam jalan ini. Sedangkan betapa ramai lagi di luar sana yang sibuk bekerja untuk Islam.

Selepas ni aku perlu berubah kerana aku risau tiada tempat untuk aku di syurga nanti. Moga Allah terus kuatkan aku dalam jalan ini. Walau sebesar mana ujian, moga Allah bimbing aku untuk hadapinya dengan terbaik mengikut kemahuanNya. Kerana apabila kita melambatkan diri, bukan kita sahaja yang terkesan tetapi gerabak ini juga turut dilambatkan.

To be continued...
 

No comments:

Post a Comment