Ramadhan-Hari Pertama
Alhamdulillah, Allah bantu bangun awal untuk qiyam dan bersahur dan Allah kuatkan untuk tidak terus tidur. Dan Allah lancarkan bacaan surah al-jin ana. Alhamdulillah 3la kulli hal.
Tetapi, ana tewas dan agak mengantuk dalam kelas, ana tewas untuk melawan kata-kata hati yang tak baik dan ana tewas untuk menahan amarah.
Alhamdulillah, Allah kurniakan kawan untuk mengingatkan supaya menolak kejahatan dengan kebaikan. Mujahadah untuk berbuat baik dengan orang yang menyebabkan kita rasa tidak sedap hati. Ingatlah, Allah sebaik-baik penolong, Allah akan membantu hambaNya yang mengadu dan memohon padaNya.
Ana baca perkembangan Mesir dan ana betul-betul sedih. Ana malu dengan Allah. Ana tak berkorban apa sedangkan di luar sana mereka berjihad dan terbunuh di jalan Allah. Bagaimana ingin berjumpaMu satu hari nanti jika aku terus begini? Sedangkan perkara kecil pun; sekecil-kecil nikmat dunia pun tak rela berkorban, apatah lagi perkara besar. Aku mahu berubah. Moga Allah bantu perubahan yang dimulakan di bulan mulia ini.
Sememangnya memasuki Ramadhan adalah yang dinanti, namun sedikit ditakuti kalau tidak dapat manfaatkannya sebaik mungkin. Takut dek masa tidur yang pendek akan membuatkan diri terus leka mengganti masa tidur di siang hari sedangkan waktu itu adalah untuk bekerja. Namun, betullah, Allah kurniakan kita solat tarawih untuk beristirehat (kan itu maksudnya), jadi tambah-tambah lebih kurang 5 jam setengah juga lah kita beristirehat. Belum lagi masuk waktu qiyam dan membaca al Quran. Moga Allah benarkan untuk terus kuat beribadah dan mengkhatam al quran di Ramadhan kali ini.
Terkadang, terlalu banyak amanah berada di bahu ini. Mungkin tidak banyak bagi yang lain, tapi bagi ana itu melebihi kemampuan. Tapi munkin itu mujahadah ana kali ini. Ana tak nak jadi mereka yang pecah amanah, mungkin janji seakan-akan munafik, ana nak jauh dari semua itu. Moga Allah terus membantu.
Hati amat sukar dikawal. Namun, bagi mereka yang bertakwa, mereka akan terus berusaha menjaganya kerana mereka sedar yang Allah mengetahui yang jelas dan tersembunyi. Aku ak jadi orang yang bertakwa seperti itu.
Tidak lengkap kebaikan itu tanpa menyebarkan pada yang lain. Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi kawannya melebihi dirinya. Apa yang dimaksudkan di sini bukan semata-mata memberi hadiah atau apa yang disukai, berkorban segala untuk dia. Namun, di sini kita perlulah bertindak menyayangi mereka dengan mengajak mereka berbuat baik; apa yang Allah suka dan menjaga mereka dari melakukan apa yang Allah benci. Kalau kita mampu qiyam setiiap hari, sangat perlulah untuk kita menjadikan kebaikan yang ada pada kita turut berada padanya. Perkara ini susah, tapi Allah sangat saying akan hambaNya yang menyayangiNya dan turut menybabkan yang lain menyayangiNya.
Perjalanan ini baru bermula. Moga Allah sentiasa menjaga dan meningkatkan iman ini.

No comments:
Post a Comment