Tulisan ini dipetik dari Daurah bersama Ustazah Maznah bersempena Ramadhan.
Ramadhan datang dengan membawa rahmat dan peluang kita untuk kita merebut pelbagai kelebihan yang ada padanya. Antaranya;
1. Ramadhan menyediakan kita peluang untuk menjadi insan mulia.
Bagi orang yang berpuasa bukan sahaja dijanjikan syurga, bahkan sudah disediakan pada mereka pintu khas. Betapa istimewanya mereka ini.
3. Ramadhan merupakan masa untuk kita mengenali potensi diri.
Ramadhan datang dengan membawa rahmat dan peluang kita untuk kita merebut pelbagai kelebihan yang ada padanya. Antaranya;
1. Ramadhan menyediakan kita peluang untuk menjadi insan mulia.
" Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.." (Al-Hujurat:13)
Takwa itu bukanlah hanya dimiliki oleh segolongan kaum bahkan sesiapa sahaja di antara hambaNya berpeluang memiliki itu. Dan seperti yang diketahui, Allah mewajibkan puasa di bulan mulia ini tak lain tak bukan untuk hambaNya peroleh takwa. Dan seterusnya meletakkan kita sebagai insan mulia di sisiNya.
2. Ramadhan membuka peluang untuk kita merebut syurga.
Sabda Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu ‘Ar-Rayyan’ yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanya (oleh pintu tersebut): “Di manakah orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak ada lagi yang masuk melaluinya.” (Hadis Riwayat Muslim, dari Sahl Ibn Sa’ad).
Bagi orang yang berpuasa bukan sahaja dijanjikan syurga, bahkan sudah disediakan pada mereka pintu khas. Betapa istimewanya mereka ini.
3. Ramadhan merupakan masa untuk kita mengenali potensi diri.
Apabila tiba bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pula dirantai. (H.R Bukhari)
Kita tidak tahu dan tidak perlu terlalu mengkaji bagaimana cara syaitan ditambat itu. Ada sebahagian berpendapat kemampuan syaitan untuk menghasut manusia ini dilemahkan.
Apa yang perlu ditekan di sini adalah asakan kepada melakukan kejahatan itu berkurang. Jika di bulan Ramadhan kita masih melakukan perbuatan maksiat atau tidak baik, itu adalah dari diri kita sendiri. Namun, hal ini juga dapat dipandang dari sudut berbeza. Banyak potensi diri yang hanya terserlah di bulan Ramadhan seperti kita mampu menghabiskan satu juzuk al Quran sehari, berqiyamullail setiap hari, kurang makan, menghabiskan banyak masa beribadah, tidur sedikit dan lain-lain. Jika begitu, sudah tentu perkara ini boleh dipraktikkan di bulan-bulan lain juga. Bagi yang tidak mampu, tak lain tak bukan adalah kerana dia lemah mengahadapi tipu daya syaitan.
Bulan Ramadhan banyak kelebihannya dan antaranya;
1. Bulan diturunkan al Quran
Bulan Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang disebut dalam al-Quran. Bayangkan sahajalah, menyebutnya sahaja sudah dikira menyebut kalimah dalam al Quran bermaksud setiap satu kalimah diganjarkan dengan 10 pahala.
Ada tafsir yang mengatakan bulan Ramadhan merupakan bulan diturunkan semua kitab Ilahi termasuklah suhuf-suhuf, kitab taurat, injil dan zabur. Betapa istimewanya bulan ini, bulan diturunkan sebuah kitab yang menjadi pedoman hidup, mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, menjadi penghubung antara langit dan bumi, panduan kita mengenal pencipta yang merupakan anugerah tidak ternilai. Betapa bermaknanya Ramadhan yang merupakan titik pemula bicara Allah kepada hamba yang hina dina ini.
2. Umrah pada bulan Ramadhan bersamaan dengan pahala haji
3. Diwajibkan puasa
Puasa pada bulan Ramadhan merupakan puasa rukun. Puasa antara Rukun Islam yang lima yang menjadi tiang kepada terbinanya Islam. Kalau puasa itu diibaratkan seperti tiang yang merupakan unsur amat penting dalam pembinaan sebuah bangunan, bayangkanlah tanpanya, mesti akan runtuh. Namun, jika muslim itu hanyalah berpuasa makan dan minum sahaja tanpa perkara-perkara lain yang diharamkan Allah, maka seolah-olah banguan itu dibina dengan tiang yang rompong di dalamnya yang sudah pasti tidak kukuh.
4. Lailatul Qadar
Kelebihan yang sangat hebat di bulan Ramadhan adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.
No comments:
Post a Comment