Rasa tidak layak pun untuk menulis post sebegini disebabkan kurangnya pembacaan mengenai isu semasa. Namun, jiwa muslim mana yang tidak tersentuh dengan isu-isu kini. Hati sangat-sangat ingin meluahkan dek kesedihan yang melanda. Dunia kini dirasakan tidak adil, bahkan sebelum ini lagi sememangnya, Namun,mungkin baru kini diri disedarkan tentang perkara besar ini dan mulai faham dan cinta akan Islam.
Allah, betapa berharganya seseorang individu itu apabila mereka memperjuangkan agamaMu. Mereka menjual-beli denganMu dengan hidup mereka dari sekecil-kecil benda hinggalah nyawa mereka sendiri. Semua yang dilakukan hanyalah untuk menegakkan syariatMu di muka bumi ini hingga akhirnya Engkau redha dengan kehidupan manusia di muka bumi.
Aku tidak banyak membaca, namun dari bacaan kecil-kecilan itu,membuatkan aku sangat kagum dengan individu-individu ini hingga nama mereka disebut-sebut makhluk bumi. Entah bagaimanalah nama-nama mereka dilaung oleh makhluk langit. Betapa teguh mereka menegakkan agamaMu, mereka rela berkorban segala. Harta benda dunia tak dihiraukan langsung, rehat senang lenang di rumah dikorbankan bahkan mereka berkorban tenaga, harta, jiwa dan segala untuk berdakwah di jalanMu. Hairan dengan individu-individu ini.
Jika umat Islam satu ketika seakan tidak sedar yang mereka kehilangan sesuatu yang besar; yaitu kejatuhan khilafah, maka muncullah seorang individu pelik ini yang menyedarkan kembali umat Islam; dari syeikh-syeikh al azhar hingga ke pemuda-pemuda yang lepak di kedai kopi. Semuanya didakwahinya, diajak untuk kembali membina diri, memperbaiki semula sistem kekeluargaan yang kian hilang dan mengembalikan semula sunnah-sunnah Rasulullah dalam berdakwah. Sehingga akhirnya sistem usrah terbina yang diyakini dapat membina individu muslim dan akhirnya dapat membawa Islam mencapai semula ustaziatul alam itu.
Individu muslim. Sounds cliche kan? Entah, tapi itu formula yang diguna Rasulullah dari mula Baginda berdakwah sehingga membina daulah dan akhirnya Islam berjaya menguasai dua pertiga dunia. Individu muslim beribu-ribu ganda mungkin lebih berharga dari harta benda; emas, perak dan segala kerana dengan itulah Islam akan terus tertegak. Jiwa yang faham Islam, yang meletakkan Allah sebagai neraca utama melebihi yang lain, yang bekerja tanpa kenal lelah hanya kerana Islam yang dicintaiNya. Mereka ini berharga dan aset yang utama.
Apa yang meragut hati kini adalah kehilangan demi kehilangan individu-individu pelik ini yang tidak sedikit pun gentar akan kematian. Takut kehilangan mereka apabila dirasakan diri ini tidak mampu pun mengganti mereka. Malu bila diri tak mampu berkorban sedikitpun sedang mereka berkorban segala. Moga Allah ampunkan diri yang sangat menyesal ini.Bukan tidak mahu, tapi hati benar-benar ingin sehebat mereka, namun perlu Allah bantu sangat-sangat.
Tahu mereka amat merindukan syahid.Apabila tugassudah sempurna di muka bumi,maka Allah izinkan mereka untuk pergi.Ingin sekali Allah akhiri kehidupan begitu. Indahnya dan bahagianya hidup apabila akhirat itu yang beraja di hati. Dunia ditolak jauh-jauh dari diri.
Allah,moga usaha-usaha kecil kami ini Engkau berkati.Tak banyak pun pengorbanan kami,malu nak dibandingkan dengan mereka,dengan para sahabat,entah di manalah tempat kami.Tapi kami tak tipu,hati sentiasa ingin menjadi penolong-penolong agamaMu,tak pernah sekali berkurang,jiwa sentiasa ingin syahid di jalanMu. Moga Allah terus bantu kami,terusbantu Islam.
Kesyahidan mereka ini justeru akan terus hidupkan ribuan bahkan jutaan umat manusia.Nantikan sahaja kemenangan kami.
" Jangan takut dan bersedih hati. Sesungguhnya Allah bersama kami."

No comments:
Post a Comment