Saturday, 28 November 2015

Allah, aku makin mengenalMu..

Allah, aku makin mengenalMu,
Engkau Tuhan yang tak pernah tinggal aku.
Maafkan aku yang tak habis-habis merungut,
tak habis-habis bersangka,
tak sabar-sabar menanti rehat.

Ampunkan aku dan aku ingin sekali kembali,
Kembali menjadi hambaMu yang taat,
yang sentiasa setia dan hatinya tak henti berbicara denganMu.

Allah, izinkan aku kembali..

Aku bergegas ke asrama kerana waktu sudah terlalu lewat, matahari hampir sahaja terbenam. Aku perlu segera bersiap dan berkemas untuk ke surau menunaikan solat maghrib berjemaah.

Seketika aku melalui kawasan yang dipenuhi pondok rehat untuk pelajar bertemu bersam keluarga yang datang melawat. Aku terhenti, lama aku termenung di situ.

"Abah, comot la. Makan elok-elok, nanti kalau orang tengok malu." Adik menegur abah.

Hari itu sekolah mengadakan hari kooperasi dan banyak makanan serta barangan dijual. Aku mendapat kunjungan dari abah, mak dan adikku. Jarang mereka melawat aku tetapi kali ini mereka sanggup datang dari jauh untuk menggembirakan aku.  Kami membeli beberapa juadah yang menyelerakan dan ambil keputusan untuk makan di situ.

Mak menghulurkan tisu pada abah sambil menghidangkan lebih banyak makanan lagi pada kami. Betapa bahagianya perasaan ini hanya Allah sahaja yang tahu. Masakan tidak, dapat berjumpa dan bermesra dengan keluarga tercinta yang sudah lama tidak ketemu.

"Terima kasih mak, abah dan adik sudi datang hari ni. Jom makan banyak-banyak. Nanti mesti bila semua dah balik kami tak lalu pun nak makan."

Aku gembira dan terlalu bahagia ketika itu. "Ya Allah, tolong jangan tarik kegembiraan ini," hatiku berbisik.

Lamunanku terhenti seatakat itu. Air mata mengalir laju. Terus aku berjalan pantas meninggalkan tempat itu. Ya Allah, tuhanku satu-satunya, aku yakin semua ini pasti ada hikmahnya dan aku yakin kegembiraan yang aku pohon itu Engkau sudah simpan di syurgaMu.

Dan aku tiba di hadapan asrama. Melihatkan temanku punya pengunjung yang datang memberi semangat untuk menghadapi peperiksaan besar nanti, aku termenung kembali.

"Akak, minumlah air ni sebelum peperiksaan. Moga Allah bukakan hati. Air bacaan Yasin dan doa kami." Mak berpesan kepada aku. Abah hanya memandang penuh senyuman.

Seronoknya mereka datang memberi sokongan untuk aku yang akan menghadapi peperiksaan PMR esok walau aku tahu pengorbanan mereka untuk datang ke sini sangat besar.

Dan apabila aku akan hadapi peperiksaan yang lebih besar lagi esok, dan mereka tiada. Ya Allah, aku yakin engkau tarik nikmat ini untuk nikmat yang lebih besar nanti.

Hidup kami bertukar sepenuhnya. Hari-hari selepas pemergian abah penuh ujian dan cabaran. Sakit adik makin teruk. Banyak adaptasi yang perlu kami lakukan. Susah sebenarnya hidup tanpa abah ni. Sakit rupanya bila dia ditarik tiba-tiba. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kami yang tak cukup menghargai nikmat itu suatu ketika dahulu.

Namun, ujian yang mendatang itu sentiasa ada hikmahnya. Selepas itu, hati ini tidak pernah berhenti untuk bergantung padaNya. Masakan tidak, hanya Dia yang dapat mempertemukan kami kembali suatu ketika nanti.

Dan aku makin mengenaliMu. Dan hatiku makin lunak menerima kebaikan dan mudah terkesan dengan setiap apa yang berlaku. Dan hatiku punyaMu sebagai tempat pergantungan aku satu-satunya. Tika aku melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain, hati tak berhenti memohon agar Allah kuatkan aku untuk bersabar bagi kegembiraan yang lebih di sana tentunya.

..........................................................................................................................................

Aku berjalan sambil menahan air mata yang tak berhenti mengalir.

"Ya Allah, aku tak tahan dengan ujian ini. Maafkan hambaMu yang hina ini. Aku tak mampu bersabar, aku tak mampu menanti hikmah itu. Aku tak nampak cahaya lagi. Aku penat, penat dengan hidup ini, letih dengan segala ujian yang menimpa. Aku tak kuat untuk terus berjalan, meniti saki-baki hidup ini."

Ujian datang lagi. Aku tak mampu menahan kesedihan, tak berhenti air mata mengalir. Entah mana perginya iman ketika ini. Aku seakan ingin lari, lari dari perjalanan susah ini.

Ketika mula aku mengambil keputusan untuk mula berubah, aku bertanya kepada dia, murabbiku;

"Akak, saya takut untuk berubah. Kerana dulu pernah saya mengambil keputusan yang sama, dan ketika itu saya diuji dengan ujian yang saya tak mampu pun hadapi. Saya takut, takut diuji lagi."

Dan ketika itu dia menjawab yang sesungguhnya pahitnya hidup itu mesti untuk dapat manisnya syurga nanti.

Kata-kata itu sungguh menusuk aku dan menjadi pegangan aku sehingga kini. Aku memulakan langkah untuk berubah tanpa ada rasa takut lagi. Dan ketika itu ujian datang pergi, namun aku tetap teguh berdiri.

Namun, kali ini lain rasanya. Bukan satu, bukan dua tapi seakan ujian itu datang dari semua arah. Aku rasa berputus asa.

Dan ketika aku menangis menyalahkan jalan dakwah yang aku pilih ini, tiba-tiba seorang gadis arab menghulurkan dua coklat.

Dan ketika aku menangis tertekan dengan segala tanggungjawab yang terbeban di bahu, mereka housemateku memelukku seakan ingin meringankan beban.

Dan ketika aku diuji dengan kesusahan dan kecemasan ketika kereta itu rosak, tak berhenti-henti manusia yang berhati baik datang membantu.

Dan ketika aku menangis memikirkan keluarga yang sangat memerlukan aku namun aku tak mampu pun berada di sana, hadirlah seorang sahabat yang tak jemu menceriakan hati.

Dan ketika aku menangis memikirkan betapa teruknya aku menghampakan mereka, betapa teruknya aku dalam pelajaranku, maka tidak henti-henti hadir doctor-doctor yang hebat memberi semangat untuk bangun.

Dan ketika aku hadapi semua kesusahan dan kesedihan itu, tak henti-henti mereka menghulurkan coklat, menghadiahkan pelukan, mengirim mesej-mesej dan post-post indah di wall ku, menghadiahkan senyuman yang ikhlas dan hadirnya insan-insan yang aku tidak kenali membantuku.

Dan sebenarnya Dia tidak henti memujukku. Memujukku untuk terus bangun, berjalan dan meniti jalan yang semestinya ke syurganya ini, walau penuh ranjau dan duri.

Alhamdulillah atas semua ini, aku lebih mengenaliMu. Engkau yang sentiasa memujuk diri ketika jatuh, mengajak aku kembali kepada jalan ini, jalan untuk bertemuMu dalam keadaan yang terbaik.

Ya Allah, anugerahkan aku syahid.

Saturday, 7 November 2015

Ujian Itu Rahmat


Malam itu dia berdiri lagi menghadap Tuhannya Yang Maha Esa, setia seperti biasa. Setiap hari amat dirindui detik ini, sunyi, tiada yang mengganggu, fikiran tidak serabut. Hanya dia sendirian bersama Tuhannya.

Dia tahu dia perlu memanfaatkan masa itu sebaiknya untuk berhubung dengan Tuhan. Tiada masa lagi yang lebih baik dari ini. Kerja-kerja dunia selalu menjauhkan hatinya dari berhubung dekat dengan Allah. Dia ingin sekali agar setiap amal, perbuatan, pendengaran, penglihatan, hati dan segalanya bergerak mengikut apa yang Allah inginkan. Dia tidak ingin satu pun sebaliknya, melanggar perintah Tuhannya yang satu itu. Lalu, dia mengambil masa sepenuhnya ketika berdua-duaan ini untuk memohon, moga Allah terus pandu dirinya ke syurga.

Hari ini dia membuat keputusan untuk tasmi’ dengan Allah surah al-haqqah yang merupakan surah kegemarannya. Berkali-kali minggu ini dia membaca surah yang sama. Tak pernah jemu mulut menuturkan ayat satu persatu kerana itu ayatNya dan kalamNya sentiasa menyentuh hati dengan pelbagai cara walau dalam keadaan apa pun.

Sampai satu ketika, dia berhenti seketika, menangis teresak-esak, ayat ini tak pernah jemu menyentuh hatinya. Dia mengulangi sekali lagi;

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!”
 
Dalam hati dia membalas, “Ya Allah, aku ingin sekali jadi seperti ini. Aku ingin sekali terima kitab amalan dari tangan kananku dan terlalu gembira seperti ini, sehinggakan aku ingin menunjuk pada semua orang kegembiraan itu. Ya Allah, bantulah aku untuk mencapai kegembiraan itu.”

 

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"

 

“Ya Allah, hadapkanlah hati aku yang satu ini untuk Engkau sahaja. Jadikanlah aku golongan yang sentiasa berharap pada pertemuan denganMu. Jangan biar aku terlalu terikat dengan dunia. Semua ini sungguh sementara. Aku tak ingin hanyut, aku ingin setia bersamaMu.”

 

“Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -

Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -

Buah-buahannya dekat untuk dipetik.

 (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"”

 

“Allah, kurniakan aku semua ini, Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang. Aku terlalu rindu syurga.”

 

Lalu, dia meneruskan bacaan. Kali ini tersekat-sekat bacaannya dek esakan tangis yang lebih teruk kerana terlalu takut.

 

Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -

"Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.

"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -

 

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang menyesal seperti itu. Aku takut kerana aku tahu pada hari itu aku memang tak boleh lari. Hanya pertolongan engkau sahaja yang aku sangat harapkan pada waktu itu.”

 

"Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -

Kekuasaanku telah binasa dan hilang lenyap dariku".

 

“Semua hilang, harta dan pangkat, sudah tiada apa yang tinggal.”
 

(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -

"Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -

"Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!

 

“Ya Allah, sungguh aku takut seksaan ini. Sungguh itu sangat ngeri. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, jangan biarkan hambaMu ini larut dengan dunia sehingga di akhirat dia menyesal dan diseksa. Bantu sangat-sangat aku yang terlalu lemah, walaupun untuk memilih mana yang terbaik untuk kehidupanku, bantu aku dalam amalku, dalam segala perbuatanku biarlah segalanya hanya untukMu. Sungguh, hanya ini yang aku harapkan, kebahagian di sana bersama keluargaku dan orang yang aku sayang, menemuiMu dalam keadaan terbaik.”

 

Dia akhiri malam itu dengan solat witir tiga rakaat berharap agar malam esok dia bertemu lagi. Dia terlalu takut dengan dunia. Dia takut dia hadapinya sesuka hati, bukan menurut apa yang Tuhannya inginkan.

 

Dan setiap malam dia terus memohon dan berjanji. Sehinggalah datang ujian dari Tuhannya. Lalu tiba-tiba dia jatuh. Tiada lagi perjumpaan indah itu setiap malam. Hari-harinya kelam, penuh dengan esak tangis yang tak berkesudahan. Susah untuk dia terima, susah untuk Dia redha dengan ujian itu.

 

Hatinya bertanya, adakah dia seperti hamba itu?

 

Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

 

Dia berasa berada di bawah sekali, dia berasa seperti sehina-hina manusia. Dia tahu perasaan ini terlalu salah tetapi ujian ini tak berhenti, terus datang dari semua arah sehingga dia seperti tidak tahu di mana ingin berpaut. Dia tahu perasaan ini salah, tetapi hati dia tak pernah jemu meminta Allah kuatkan dan bantu dia untuk hadapi dengan cara yang terbaik yang Allah inginkan.

 

Dia buntu, lama dibiarkan perasaannya begini. Dia mula bangkit, sedikit-sedikit namun jatuh kembali. Terlalu berat, kadang dia rasa seperti tidak mampu lagi meneruskan hidup. Tapi, dia tahu dan sangat sedar amalannya terlalu kecil sebagai bekalan bertemuNya.

 

Dan ketika itu, Allah tidak berhenti-henti memujuk untuk tidak berputus asa dari rahmatNya. Kalamnya sangat memujuk;

 

“Janganlah kamu lemah dan janganlah bersedih, dan kamulah orang yang paling tinggi (darjatya di sisi Allah) jika kamu beriman.”

 

“Janganlah kamu bertus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada yang berputus asa melainkan orang yang kafir.”

 

Datanglah mereka-mereka ini, saudara-saudara di atas jalan Allah yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan menggembirakan diri. Dia bersyukur atas nikmat ini, memiliki mereka sebagai peneman yang tak pernah jemu mengingatkan tentang Allah, yang sentiasa menghargai keberadaan dia dalam hidup mereka walaupun dia tahu dia tak memberi apa.

 

Lalu, dia tersedar yang ujian itu rahmat dan merupakan kasih sayangnya. Bukan dia tidak tahu itu, tapi hatinya berat menerima. Bukankah suatu ketika dahulu dia meminta untuk ke syurganya dengan sepenuh hati. Jadi, inilah cara yang terbaik. Allah beri ujian untuk menyucikan dosa-dosanya yang terlalu banyak, yang sememangnya tak terbanding pun dengan butiran-butiran pasir di pantai.

 

Allah ingin sangat dia bertemuNya dalam keadaan yang suci. Walaupun sakit, tapi ini caranya untuk dia layak ke syurganya. Allah ingin ganjarkan dia di sana, di akhirat yang kekal abadi. Allah ingin terus sedarkan bahawa dunia ini tidak bersamaan apa pun, tiada apa yang perlu dikejar dengan sepenuh jiwa. Lantas, sebagai manusia dia perlu terus tunduk dan redha dengan segalanya. Supaya satu masa nanti, Dia akan menyeru hambaNya ini;

 

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai Nya.”

 

Maka, demi TuhanMu dan pertemuan yang indah itu, bersabarlah wahai hati. Terus dia memohon kepada Tuhannya agar terus menguatkannya untuk menjadi hamba yang setia.

 

 

  

Sunday, 1 November 2015

Terasa Berputus Asa

"Please la Nini, stop menangis! Teruk sangat ni. Entah mana hilang iman engkau? Entah ke mana hilang keyakinan dan kepercayaan engkau pada  janji-janji Dia? Redha lah! Sabar lah! Sikit je lagi tu. Semua pasti ada hikmah."

"Entah la tapi aku tak mampu pun. Serius lah, aku lemah sangat sekarang ni. Aku tak tahu macam mana nak teruskan hidup. Aku sudah tak sabar menanti hari sana. Seriously, aku tak mampu. Aku nak stop!"

"Engkau nak stop apa? Entah apa je bekalan engkau bertemu Dia. Engkau kata nak stop?"

Air mata deras mengalir. "Aku tahu tu tapi makin lama aku hidup, aku takut makin teruk. Engkau faham kan? Aku tak de lah kuat sangat. Aku tahu banyak lagi dugaan orang yang lebih besar. Aku malu, engkau tahu tak aku malu sangat menangis teruk untuk perkara-perkara sebegini. Tapi, aku sakit sangat sekarang ni."

Memang itulah perangai aku, suka bermonolog sendiri. Kadang terlepas juga menjadi monolog luaran.

Satu-satu ujian mendatang. Pelangi yang indah dahulu kini seakan hilang, sekelip mata. Jalan indah ini seakan suram. Aku tak nampak lagi cahaya di hadapan, walau hanya sekadar nyalaan kecil. Tiada langsung. Gelap, suram, bahkan seakan untuk melangkah pun aku terjatuh-jatuh tak nampak.

Ujian ini seakan datang dari semua arah. Tiada lagi tempat untuk aku mengenakkan diri. Jika dulu, apabila aku ada masalah pelajaran, aku boleh mengadu pada keluarga. Jika aku rasa kesunyian dan futur, aku akan pergi ziarah anak-anak usrah yang comel dan ceria. Jika kepala aku rasa terbeban, aku boleh cerita semua pada dia, sahabat baikku. Tapi, kini semua tiada lagi, seakan semua ditarik sedikit demi sedikit.

Aku seakan masuk ke dunia baru. Dunia dakwah dan tarbiyahku sangat baru, sangat asing bagi aku. Sakit ye sebenarnya untuk terus ikhlaskan diri. Apabila kegembiraan dahulu tiada lagi, kebasahan hati dahulu entah kering ke mana dan segala-galanya perlu kepada titik permulaan yang sememangnya sangat susah.

"Boleh tak aku berhenti sekejap?"

"Maksud engkau berhenti apa?"

"Entah, kenapa aku rasa macam nak cuti dari usrah ye? Aku cuti je, bukan stop tau."

"Suka hati engkau lah."

Sakitnya kepala. Banyak yang difikirkan. Masalah keluarga, masalah dnt, masalah pelajaran, masalah keselamatan dan macam-macam lagi. Serabut sangat. Sungguh, kalau aku kuat imannya, tak perlu pun fikir semua ini kerana masalah ini memang tak dapat diselesaikan pun. Cuma, perlu pada hati yang redha dan tawakal.

Aku menyelak satu-satu helaian Raheek Makhtum di bawah tajuk perang ahzab. Memang menjadi kebiasaan aku membaca sirah-sirah atau kisah-kisah sahabat kerana aku kagum dengan mereka. Bagaimana mereka dapat mengharungi segala ujian mendatang? Aku pelik.

Ketika berlakunya perang Ahzab, penduduk-penduduk Islam Madinah berasa sangat terancam. Musuh Musyrikin dating dengan membawa tentera seramai 10000 orang yang mana melebihi penduduk Islam Madinah sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka menghadapi kegoncangan yang sangat dahsyat. Cadangan bernas Salman Al Farisi untuk menggali parit di bahagian utara madinah itu telah menghalang tentera Musyrikin dari memasuki Madinah.

Namun, ancaman tiba-tiba datang dari dalam Madinah sendiri daripada golongan-golongan yahudi yang memungkiri janji. Bayangkanlah mereka meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah tanpa pengawasan dari sesiapa. Dan mereka perlu berada di kubu pertahanan untuk mematahkan serangan dari kafir Quraisy. Lalu, apa yang tinggal pada mereka? Hanya iman dan tawakal sahaja menjadi penenang diri.

Orang-orang munafik memberi alasan dan melarikan diri dari medan perang. Memang dasar munafik, hanya bermanis mulut sahaja, namun di dalam hati tiada iman. Apabila datang kemenangan, mereka ke mari, apabila digoncang, mereka cepat sahaja pergi. Mereka pulang beralasan rumah mereka tidak bertutup. (baca tafsir)

Itulah waktu kegoncangan yang amat dahsyat pada mereka. Namun, satu kejadian aneh berlaku, pelik sangat. Apabila mereka melihat tentera-tentera bersekutu itu, lantas berkata;

"Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasulnya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya." Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambah iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.


Entah dari mana mereka dapat hati dan kekuatan sebegitu? Mereka jadikan ujjian dan dugaan itu sebagai wasilah untuk mendapat pertolongan Allah. Bukankah Allah selalu berjanji, apabila sampai kepada kemuncak ujian itu, maka bantuan Allah pasti tiba.

Tak lama lagi Nini. Percayalah. Trust Him because He is the most Trustworthy.




 

Wednesday, 16 September 2015

Chess dan Kehidupan

Pemain di hadapan menggerakkan pawn satu langkah ke hadapan.
Jarang sekali seorang pemain mengeluarkan pieces yang kedudukannya di tepi. Entah, mungkin ada strategi lain. Aku harus lebih berhati-hati.
Aku laju menggerakkan pawn di hadapan king dua langkah bertujuan untuk menguasai petak tengah yang aku pasti lebih berguna.
Lalu dia menggerakkan pawn di hadapn Rook di bahagian kiri dua langkah.
Dalam hati aku berbisik, “Confirm tak berstrategi ni. Langkah sia-sia, untuk opening yang sepatutnya lebih bertujuan menguatkan defend dan mengusai petak tengah untuk melancarkan serangan."
Begitulah kami pemain chess yang sudah awal-awal dapat meramalkan kekuatan pemain itu berdasarkan langkah-langkah awalnya.
Aku mengatur strategi untuk melakukan check mate bagi menamatkan permainan awal. Tanpa membuang masa aku mengeluarkan Knight dan Bishop sebagai serangan terhadap King lawan. Tidak lupa juga untuk memerhatikan setiap geraknya agar aku tidak lalai untuk menjaga King aku dari di check mate terlebih dahulu.
Dia turut mengeluarkan Bishopnya untuk mengancam Queen dan memakannya jika aku lalai. Seperti jangkaan, dia terus capture Queen apabila aku menggerakkan knight ke petak E5. Rakusnya, sedangkan aku ada agenda yang lebih besar iaitu untuk checkmate Kingnya yang tiada sebarang perlindungan di situ. Setakat mengorbankan Queen untuk menang dalam game ini perkara biasa. Tetapi strategi seperti ini hanya dilakukan kepada pemain yang aku sudah analisa kurang berstrategi, terlalu rushing dan selalu careless.
Aku terus menggerakkan Bishop ke petak F7, displace kan pawn lantas menyebut sejelas-jelasnya;
“Check mate!”
Kerut dahi pemain lawan. Hampir menangis agaknya.
Sambil bersalaman, aku membisikkan;
“Awak, tahu main tak?”
Haha. Cerita kerek namanya ni.
Rindu akan chess yang sudah bertahun-tahun tidak disentuh sedangkan suatu ketika dahulu ini hidup aku. Di sini aku jumpa sesuatu yang baru yang lebih aku cintai sehingga tiada masa lagi untuk dihabiskan pada game ini.
Moga cerita yang disampaikan ini dapat membawa pembaca berfikir dan mengaitkan dengan kehidupan kita sebagai manusia.
Kadang kita memandang seorang pemain itu hebat apabila dapat menewaskan banyak pieces lawan terutamanya Queen. Namun, seorang pemain sebenar akan faham yang permainan ini akan tamat apabila yang ditewaskan itu adalah King lawan. Ya, itulah tujuannya. Jadi, pemain yang dari mula lagi sudah berfikiran dan merancang strategi terhadap itu pasti akan menang. Sebaliknya, pemain yang hanya serang semberono tanpa mengetahui tujuan utama dan leka terhadap pieces lain yang ditawarkan percuma tentunya akan kalah.
Seperti kita manusia punya tujuan hidup terutama sebagai ‘abid dan khalifah di bumi Allah. Manusia yang faham dan beriman akan perkara ini tentunya akan beroleh manfaat yang besar dari kehidupan yang singkat ini.
Jika dahulu aku berfikiran bahawa yang ingin dicapai adalah kereta yang besar, rumah yang ada swimming pool, pangkat yang tinggi, barang-barang kemas yang mewah, pasangan yang handsome, kaya dan macam-macam lagilah (pengaruh drama dulu-dulu ni). Alhamdulillah, akhirnya disedarkan dengan capaian yang lebih tinggi iaitu beroleh kehidupan yang diredhai Allah, Tuhan aku dan tentunya seluruh manusia.
Lantas, segala-gala yang diidam-idamkan dahulu menjadi kecil kerana aku tahu syurga berganda-ganda lebih mewah dan indah. Yang paling penting sekali kebahagiaan yang abadi. Kan fitrah manusia sukakan keabadian.
Seorang ukhti pernah berkongsi;
“Mulianya seorang mukmin kerana cita-citanya melangkaui usianya.”
Terkesan dengan itu, lantas aku padamkan apa yang diimpi dahulu dan sematkan redha Allah sebagai tujuan terutama hidupku dan syurganya yang diimpikan. Namun, tidak bermakna kehidupan di dunia dan isinya perlu diabaikan bahkan itulah wadah yang perlu digunakan untuk menjadi hamba dan khalifahnya yang terbaik.
Dunia dan seisinya sering menarik manusia dengan keindahannya sehingga seorang muslim itu boleh jadi lebih mencintai dunia dan takut akan mati. Takut untuk berjihad dalam menegakkan kebenaran dan takut akan ancaman-ancaman dari manusia lemah. Sedangkan kita tahu mati itu adalah satu jalan yang mesti dilalui untuk kita bertemu dengan Rabb. Moga syahid menjadi pengakhiran setiap kita agar waktu pertemuan itu menjadi yang terindah.
Lantas, apa lagi yang mengikat diri dari terus berlari, bukankah Allah telah menyeru pada hambaNya;
“فَفِرُّوْا إِلَى اللهِ
“Maka berlarilah menuju Allah!” (Adz-Dzariyat: 50)
Bebaslah diri! Bebaslah dari sembahan-sembahan selainNya. Apa yang dihiraukan lagi? Pandangan manusia? Kesenangan atau kemewahan sementara? Keluarga, kawan-kawan? Atau masih dengan jahiliyah-jahiliyah diri? Malas, hiburan, banyak tidur, berlagha-lagha, futur?
Barat menjadikan kita berlumba-lumba untuk mengejar dunia sehingga lemahlah semangat jihad yang sepatutnya kuat dalam diri setiap muslim. Rindu zaman Rasulullah dan para sahabat ketika mana semangat jihad mereka memuncak dan hanya ada syurga di mata. Tidak dikira kesakitan diri dan kekurangan harta.
Namun, apa tinggal pada kita sekarang. Ditakut-takutkan dengan dunia dan semua yang perlu dicapai padanya?
"Bukankah Allah cukup sebagai pelindung hamba-hamba-Nya? Dan mereka menakut-nakuti kamu dengan (sesembahan sesembahan) yang selain Allah." (az-Zumar:36)
Bermacam musibah menimpa umat Islam sekarang. Muhasabah diri, adakah kesalahan aku yang menyebabkan semua ini berlaku?
Rindu akan kemenangan yang pastinya akan menjadi milik kita suatu hari nanti. Bukankah itu sudah dijanji? Namun, yang pasti aku tidak hanya mahu memerhati namun ingin turut merealisasi.
Moga Allah redha dengan hidup ini dan Allah mengurniakan sebaik-baik pengakhiran bagi pejuang-pejuang agamaNya;
"Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya."(Al-Bayyinah:8)

Thursday, 30 July 2015

Perjalanan Mengenal Allah

Memang susah mujahadah ketika berseorangan. Bukan apa, musuh kita yang setia itu selalu mencuba sebaiknya untuk tewaskan kita dalam perangkap hasutannya itu. Satu ketika, terjumpa ayat ini;

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
( Fussilat:36 )
 
Rupanya memang kita tak mampu pun melawan bisikan-bisikan syaitan dan hawa nafsu tanpa pertolongan dari Allah. Apabila dipertemukan dengan ayat ini, terasa seperti diberikan kehidupan baru. Allah terlalu sayang akan hambanya. Dalam setiap kelemahan hambanya, Dia akan ada sebagai pelengkap kepada keperluan mereka. Jika hamba memerlukan harta, Allah ada sebagai Ar-Razak, jika hamba mencari keampunan Allah ada sebagai al-ghaffar dan at-tawwab, jika hamba itu resah gelisah Allah ada sebagai al wakil, dan jika hamba memerlukan cinta Allah ada sebagai al wadud.

Dan kini Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui. Allah sentiasa dengar rintihan hamba-hambaNya setiap seorang walaupun yang meminta padaNya terlalu ramai. Dan setiap permintaan yang dari hati itu tidak pernah pun dipersiakanNya. Apabila Allah menggelarkan dirinya sebagai al-mujib itu, maka yakinlah setiap permintaan akan ditunaikan. Jika tidak sekarang mungkin nanti, jika tidak nanti mungkin di hari yang tiada pertolongan selain pertolongan dariNya.

Entah berapa kali diri ini kalah dengan hasutan-hasutan jahat itu. Usaha yang dilakukan terlalu sedikit, tetapi harapan untuk lulus itu terlalu tinggi. Bukanlah terlalu berharap dengan result itu, tetapi lebih takut jika tidak dapat laksanakan tugas sebagai duta Islam itu dengan baik.

Futur. Bosan dengan perkataan ini tapi kian kali berlaku ketika hampir-hampir ke hari peperiksaan. Sehinggalah Allah hadiahkan suatu nikmat yang tidak disangka-sangka. Satu khabar yang sangat menggembirakan, sehingga diri berkata, " Ini memang keajaiban, perancanganNya yang memang dihiasi dengan cinta, yang tidak tergambarkan pun akan berlaku oleh akal manusia yang lemah ini. "
Apa yang kita minta tidak semestinya kita dapat right away. Namun, kadang-kadang apa yang kita dapat itu lebih dari yang dipinta.

 Alhamdulillah atas hadiah ini, moga diri ini tidak akan pernah berhenti untuk bersyukur pada al-Wahab. Dan kesyukuran itu sentiasa dizahirkan dengan ibadah dan perbuatan.
Sungguh, perjalanan mengenal Allah itu panjang lagi. Moga Allah thabatkan diri atas jalan ini.

Sunday, 26 July 2015

HATI

Cantik pemandangan di luar tingkap sepanjang perjalanan balik dari jami'ah. Kehijauan rumput dihiasi dengan warna-warni bunga, ada yang berwarna putih, kuning dan ungu. Seketika ternampak sekumpulan arab ber'picnic' duduk di tengah-tengah kecantikan bunga itu. Macam dalam filem hindustan lagaknya.

Termenung seketika, beginilah yang dikatakan Allah menghidupkan bumi yang mati. Jika sebelum ini di musim panas, hanya kegersangan tanah yang kelihatan, namun kini kehijauan dan warna-warni bunga menjadi hiasan.

"Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)."
(al-ankabut:63)

Jika Allah mampu menghidupkan bumi setelah matinya, tentulah Allah juga mampu menghidupkan hati yang dirasakan kian mati ini. Bukankah Allah yang memegang hati ini?

Hati itu mudah berbolak-balik. Kerana itulah Nabi Muhammad sering berdoa yang bererti;
 
"Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu"

Kenapa pentingnya penjagaan hati?

Kerana hati itu raja; sedangkan tangan, kaki, mulut, segala-galanya bahkan akal sekalipun tenteranya. Bukankah Rasulullah saw bersabda yang maksudnya;

“Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati."

Dan kerana manusia yang akan bertemu Allah itu hanyalah hamba yang memiliki hati yang sejahtera.
Entah kenapa akhir-akhir ini pemandangan di luar tidak lagi memberi kesan di hati sebagaimana sebelum ini. Sepatutnya ciptaan-ciptaan Allah itu akan menambah ketakwaan bagi orang-orang yang berfikir. Kata seorang ukhti;

"Ayatullah itu bukan hanya pada al-quran bahkan ciptaan Allah di sekeliling kita. Jika kita hayati, maka akan bertambah ketakwaan, ketakutan dan kecintaan kita kepadaNya. Segala neraca pertimbangan kita akan terarah padaNya sahaja."

Surah ar-rum menampar-nampar telinga;

".. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang BERFIKIR."
".. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang BERPENGETAHUAN."
".. Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu MENDENGAR."
".. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan AKAL untuk memahamiNya."

Setiap hari surah ini dibaca di dalam mathurat. Ayat-ayat yang kira sangat menyentuh hati seorang muslim itu.

Namun, kenapa susah untuk dihayati al-Quran, dihayati penciptaan Allah sehingga semua itu menambahkan ketakutan, cinta dan pengharapan padaNya untuk melahirkan ibadah yang sebenarnya itu. Adakah kerana aku tidak cukup berfikir, tidak cukup mendengar, tidak cukup tahu atau tidak cukup menggunakan akal?

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
(al-a'raf:179)
 
Jawapannya di sini, kerana tidak menggunakan hati. Dan hati yang hidup itulah hati yang sensitif. Sensitif dengan kekuasaan Tuhan yang mencipta alam ini yang akan melahirkan kecintaan dan ketaatan. Dan menyebabkan seorang hamba itu berusaha sebaiknya untuk meninggalkan larangan dan menjauhi perkara-perkara syubhah kerana ditakuti akan terjantuh ke dalam kawasan larangan itu.
Halal dan haram itu jelas. Namun, perkara yang syubhah itu samar-samar. Hidup di era ini menjadikan kita banyak terjerumus dengan perkara syubhah.

Namun, hanya hati yang hidup itu mampu menjauhinya dan hanya hati yang sedaya upaya menjauhi syubhah itu akan dibantu Allah untuk kembali dan terus hidup.

" Saya harap usrah selepas ini akan mengesani hati saya yang kini kian dirasakan susah untuk menerima input ketika usrah. Jika dulu, keluar sahaja usrah saya mampu menangis memuhasabahkan diri dan ia amat mengesani hati dan amalan saya, namun kini perasaan indah itu kian pudar."

Dan moga permulaan ini akan menyediakan hati yang sentiasa berkehendakkan tarbiyah dari Allah itu. Percayalah, Alla tidak akan menghampakan hambaNya.
Saling mendoakan..
https://www.youtube.com/watch?v=WM4REBjDRyU
p/s:
-boleh baca lebih dalam kitab ulum wal hikam untuk huraian lebih tentang syubhah
-ayat-ayat indah berkaitan Allah menghidupkan bumi;
http://alquranalhadi.com/…/allah-menghidupkan-bumi-dengan-a…

Langit dan Laut

Pernah ditanya oleh seorang adik ketika dalam perjalanan ke Howth, Dublin;

" Akak, antara langit dan laut, mana yang lebih akak suka? "

Pantas diri menjawab, " Langit. "

Langit dan laut.

 Kedua-duanya cantik, kedua-duanya luas dan apabila betul-betul dihayati penciptaannya, kedua-duanya menggambarkan kebesaran Allah dan kecintaan Allah kepada manusia.

 Apabila diberi peluang untuk bersolat berjemaah di situ, bersujud di atas rumput-rumput yang turut bertasbih padaNya, menghadap laut dan langit yang menggambarkan kebesaranNya, hati tidak pernah berhenti untuk terus bersyukur diberi peluang sebegitu.

Kenapa suka langit?

 Kerana di langit ada awan yang bermacam bentuk, ada pelangi yang berwarna-warni, ada pemandangan matahari terbenam yang sangat indah dan ada bintang-bintang yang berkerlipan. Langit seakan menggambarkan kecintaanNya kepada kita manusia yang kerdil.

 Bayangkan Allah ciptakan bintang-bintang yang sebenarnya sangat besar tu, lebih besar dari bumi yang kita duduki hanya untuk hiasan dan kenikmatan kita, manusia yang kerdil. Kan di dalam al Quran tidak berhenti-henti Allah berfirman yang Dia menghiaskan langit dengan bintang. Dan Allah juga sering menyebutkan nikmat dan penciptaanNya yang diakhiri dengan ' untuk kenikmatan kamu dan haiwan ternak kamu '. Jadi, bukankah itu semua untuk kita. Maka, marilah sama-sama kita mensyukuri segala nikmat Allah ini dengan memberi sepenuh hati kepadaNya.

Laut pun cantik juga.

 Laut sangat luas dan apabila memandangnya tidak berhenti-henti merasakan kekerdilan diri. Apabila melihatnya banyak buih di laut, terbayang yang diri ini hanyalah sekecil buih itu dibandingkan dengan laut yang luas, seluas mata memandang. Dengan banyaknya ciptaan Allah di muka bumi ini; manusia dan alam semesta, Allah masih memandang kita yang sangat kerdil dan kecil ini. Allah masih melihat dan mendengar kita. Allah masih bersama kita di kala susah dan senang. Allah masih menjawab doa-doa kita dan al fatihah kita di dalam setiap solat. Entah apalah nikmat yang ingin didustakan lagi?

Tetapi, sejak akhir-akhir bintang sudah tidak kelihatan. Sungguh, setiap malam diri mencari-cari kerlipan itu tetapi kembali hampa.

Seakan mencari semangat untuk terus berjuang di atas jalanNya, tetapi tidak juga ia mengunjung tiba. Diri terus-terusan melayan kesedihan dan jatuh hampa dengan kelemahan sendiri.

Mencari sebab untuk kembali berdiri. Mencari keikhlasan yang dirasakan kian hilang. Namun, diri terus diuji. Bermain dengan emosi, fikiran dan kepercayaan kepada mereka.

Itulah kehidupan. Sememangnya cantik susunan Allah, Dia akan terus menguji perkara-perkara yang perlu dihakis pada diri. Dan agar hambaNya kembali mengadu dan meminta pertolongan kepadaNya.
Alhamdulillah, atas semua yang dilalui, Allah hadiahkan ayat ini;

 " Dan mengapa kami tidak bertawakal kepada Allah, sedangkan Dia telah menunjukkan jalan kepada kami. Dan hanya kepada Allah sahaja orang yang bertawakal berserah diri. "
(14:12)

Moga Allah pelihara hati, perbuatan, perkataan, penulisan dan semuanya yang keluar dari diri selepas ini. Agar hidup ini sentiasa bersamaNya dan hati ini akan terus-menerus merindui perjumpaan denganNya.

Hadiah untuk adik

Apabila Allah telah menamakan diriNya al wakeel, maka percayalah bahawa dia sebaik-baik tempat untuk kita berharap, percaya dan menyerahkan segala urusan.
Kerana Tuhan kita tahu bahawa hambaNya lemah, selalu risaukan masa hadapan, selalu mendambakan sesuatu sebagai jaminan, maka di situ Dia ada untuk menjadi tempat bergantung kita, tempat mewakilkan segala urusan yang tak mampu dicapai manusia yang lemah ini.
Maka Ya Allah tolong jagakan adik kesayangan ini.
Walau kita jauh, ...tapi akak yakin Allah akan jaga adik.
Moga adik terus kuat kerana akak yakin ada ganjaran besar menanti di sana. Moga kesunyian adik ditemani dengan zikir-zikir dan doa kepada Allah. Dan moga segala amalan diterimaNya dan menjadi bekalan untuk di sana yang kekal abadi. Doakan sgt2 Allah kumpulkan kita sekeluarga di syurga

Prasangka

"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah, tapi kami berprasangka baik dengan Allah"
Kalau dulu aku selalu rasakan yang terbaik bagi Allah mestilah yang terbaik di mata aku dan di mata manusia. Mestilah yang terbaik itu bila aku dapat result cemerlang, aku berjaya dalam segala kerja yang dilakukan dan segala yang aku senangi. Namun, semakin hari semakin sedar bukan semua yang dirasakan nikmat itu adalah terbaik bagi Allah untuk aku. Jika nikmat itu menjarakkan aku denganNya, mak...a itu adalah satu musibah mungkin. Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya dan Allah telah menetapkan sudah apa yang berlaku setiap saat dalam hidup kita. Dan aku yakin hingga sekarang bahawasanya segala ketentuan Allah dalam hidup ini adalah yg terbaik untuk aku. Dan Allah menurut sangkaan hambaNya kan..
Kalau dulu sangat takut untuk berdoa supaya Allah berikan yang terbaik sebab takut tak dapat capai apa yang diingini dan takut yang terbaik itu adalah sesuatu yang asalnya dibenci.
Namun, kini sangat berharap agar setiap langkah dalam hidup Allah bagi yang terbaik kerana kita tahu dalam setiap perkara ada tarbiyah dariNya dan kita hidup di dunia untuk akhirat dan sungguh dunia itu sebentar dan akhirat itu selama-lamanya.

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan. Nikmat cintaNya dan bertemu dengan hati-hati yang turut mencintaiNya.. Moga Allah jumpakan kita lagi di syurga. Doakan sentiasa.. heart emoticon

Petikan Muntalaq

“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah, anda hidup
Untuk pemikiran yang benar dan kukuh
Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,
Permasalahan alam yang lampau
Menjawab persoalan mereka yang kebingungan...
Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
Dari manakah aku datang? Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku diciptakan? Adakah aku hidup kembali?
Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
Terusir segala keraguan yang degil
Terdidiklah fikiran yang waras
Terciptalah akhlak yang mulia
Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng
kepada jalan yang benar dan lurus
Hidupmu akan dikurniakan nilai
Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina
Supaya matamu memandang di segala ufuk
Ke arah cita-cita yang tinggi
Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat
Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’
Kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi

Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas, itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dengan namanya; dialah orang yang berbahagia"
-Yusuf al-Qaqdawi-

Tika seorang ukhti bertanya "Bagaimana kita hidup kerana Allah?"
Terdetik di hati tatkala itu, adakah hanya berniat untuk belajar, bekerja, berukhuwah dan melakukan segala perkara kerana Allah?

 Tapi, sebenarnya susah untuk kita mengikhlaskan rutin-rutin harian kita hanya kerana Allah.

 Lalu, Allah datangkan syair yang dikarang oleh ulama' terkenal ini melalui bulatan gembira.

 Sepotong baris tertulis, "Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat"
 Jawapannya ada di bahagian atas baris tersebut,
Mempunyai fikrah atau pemikiran yang kukuh.
Kerana fikrahlah yang akan menggerakkan amal.
Dan menundukkan hati dan menggerakkan seluruh anggota badan untuk berjuang di atas jalanNya.
Dan apabila hidup diinfakkan untuk jalan dakwah, segala yang dilakukan mudah berorientasikanNya.
Kerana perjalanan ini payah, menuntut kesabaran dan pengorbanan yang besar.
Namun, tenang dan bahagia akan dirasai apabila semuanya dinasabkan kepada Yang Maha Kekal
Biarlah hidup segalanya untuk Dia, Pencipta kita.
Dan moga obses kepadaNya melebihi segala keindahan dan kenikmatan di dunia.
Hari yang dipenuhi perjuangan dan kesabaran hari ini. Sakit kepala dek berfikir hari ini melebihi sakit kepala bermain chess berjam-jam dari pagi ke malam. Namun, sakit kepala kini lebih bermakna dan menuntut cintaNya. Moga Allah terus sabarkan dan thabatkan kami di jalanNya.

Jahiliyyah Lagi

Astargfirullah. Terkejut dengan sebaran video k pop. Terlalu selesa dgn biah solehah di jordan. Tak sedar yg keadaan umat islam tenat.
Dahulunya islam pernah berada di kemuncak, menguasai 2/3 dunia. Namun, mereka tahu kelemahan umat islam itu bukan pada kelengkapan perangnya dan bukan pada ilmunya tetapi umat islam akan lemah apabila islam tidak lagi dijadikan cara hidup mereka.
Mereka mula memasukkan seni-seni hiburan untuk melemahkan islam dan kita kalah dengan serangan itu. Kita kalah dengan perang saraf yang berupa hiburan itu.
Islam hanya pada nama, solat, puasa dan raya mungkin namun penghayatannya tidak ada. Tidak dapat dibayangkan bagaimana ibadah yang dilakukan apabila yang memenuhi hati itu adalah hiburan.
Segala puji bagi Allah yang mencampakkan diri di sini, di lubuk tarbiyah ini. Jika dahulu diri pernah digelar budak korea kerana terlalu gilakan hiburan itu mungkin. Namun, Allah campakkan rasa kemanisan mencintaiNya hingga diri kuat untuk meninggalkan segala hiburan yg sebenarnya tak bermakna pun untuk kehidupan yg sebenar di akhirat nanti.
Alhamdulillah Allah Yang Maha Penyayang sudi mengeluarkan diri dari lumpur jahiliyah yang terlalu kotor suatu hari dahulu. Maaf kepada orang-orang yang pernah dipengaruhi. Jom kembali pada Allah.
Kini, ujian diberi berlainan pula bahkan makin sukar. Mulut banyak berbicara tentang Allah, hati, dakwah dan tarbiyah, namun benarkah hati dan amalan seiring dengannya. Diri selalu meronta untuk berhenti kerana rasa tidak mampu. Takut dengan ayat ini;
('Āli `Imrān):167 - Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafik. Kepada mereka dikatakan: "Marilah berperang di jalan Allah atau pertahankanlah (dirimu)". Mereka berkata: "Sekiranya kami mengetahui akan terjadi peperangan, tentulah kami mengikuti kamu". Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran dari pada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan.
Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkadung dalam hatinya T.T
Ujian untuk mengamalkan apa yg dicakapkan sangat susah. Sejak sekolah lagi diuji dengan ini sehingga pernah suatu masa diri terus mengambil keputusan untuk berdiam diri, tidak mahu berkongsi lagi. Tetapi tarbiyah mengajar kita untuk terus memberi, menyebarkan cintaNya. Kerana syahadah yang diucap setiap hari memerlukan bukti dan tindakan. Kalimah itu perlu disampaikan kepada seluruh dunia. Takkan diri ingin menyembunyikan kebenaran dan baik seorang diri. Kalau begitu, takkan terlepas dari menjadi insan yang rugi.
Namun, Allah takkan pernah meninggalkan hambaNya, Dia berfirman;
"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membacakan kitab? Tidakkah kamu mengerti?"
Allah sambung selepas itu;
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
Kita manusia memang sentiasa memerlukanNya. Untuk beramal dengan apa yang dikatakan kita perlu meminta pertolongan dariNya. Manusia tidak punya apa jika tiada bantuan dari Allah. Manusia terlalu lemah.
Hari tu Allah kirimkan satu kata-kata melalui seorang adik.
"Allah didn't bring you this far to abandon you"
So, Allah is actually always with us, depend on us whether we realize it or not.
Moga Allah sentiasa bimbing hati-hati kita untuk terus thabat dalam jalan ini. Diri takkan pernah berhenti untuk menyebarkan cintaNya.. heart emoticon
    Hari kita bertukar-tukar. Kadang kita berada di bawah, kadang kita di atas semula. Hidup di dunia memang tidak menjanjikan kesenangan berpanjangan, sentiasa ada ujian melanda, sentiasa ada waktu yang dirasakan diri sangat kerdil dan kadang-kadang kita putus asa.
    Namun, itu kan tanda kasih sayang Allah pada kita. InsyaAllah akan ada pelangi selepas hujan gerimis.

    " Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada´. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, "

    Kalau para sahabat yang memang sangat hebat berjihad pun, kadang-kadang Allah uji juga mereka dengan kekalahan, apatah lagi kita ini.
    Ada tujuan Allah menguji kita kan? Untuk membezakan orang beriman dan orang kafir dan sambungan ayat ini;
     
    " Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. "
     
    dan untuk membersihkan dosa-dosa kita.. T.T
    Apa yang Allah pandang adalah usaha, jihad kita untuk belajar itu keranaNya. Result yang cemerlang bukanlah penentu redha Allah atau sayang Allah pada kita. Kita tak tahu hati mana yang lebih berharap dan berhubung denganNya. Ada yang sering diuji walaupun usahanya melangit tinggi dan ada yang skor dengan cemerlang walaupun usahanya sedikit. Tapi jangan pernah berputus asa..

    " Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. "
    (QS: Ali Imran Ayat: 139)

    Moga Allah kuatkan hati kami dan tambahkan iman kami untuk terus berusaha menjadi yang terbaik untuk Islam. Moga setiap usaha-usaha kecil kita tu Allah pandang kerana itulah bekalan yang kita dapat bawa untuk berjumpa denganNya

Al Jabbar

Some lesson about al jabbar,
During last holiday, we learnt how to do 'tajbir' which means splinting. Splint is a device used for support or immobilization of a limb.
Doctor helps the patient to recover from broken bone by splinting it in other to restore back the bone.
...
If we call the doctor is the healer of a broken bone, then Allah is the healer of a broken heart. Even, the doctor just help to restore the bone in the correct position, but Allah does the rest. Allah makes the cells start to proliferate again.
Al Jabbar is the healer of a broken heart,
supporting broken spirit, helping the oppressed, and alleviating orphan's suffering,
this name is a source of relieve for those who have being wronged, oppressed and broken,
so if a person resorts to Him when he/she is broken or being wronged, Allah will relieve him/her.
May Allah heals her heart,
When she is sad, we are sad too,
And our 'bulatan gembira' does not become gembira anymore,
May Allah helps her gain her spirit back,
Because we want her to be happy as usual,
And may Allah protects her always.

Keluarga

Di padang mahsyar nanti, diceritakan dalam surah al maarij;

" Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),
Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang berdosa suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,
...
Dan isteri serta saudaranya,
Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,
Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya. "
Takutnya pemandangan itu, tapi lain pula bagi keluarga yang saling mengingatkan tentang Allah, yang saling berpesan-pesan terhadap kebenaran dan kesabaran dan yang sayang antara satu sama lain hanya keranaNya;

"Maka adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya, Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah. Dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman) dengan gembira."
 (Al-Insyiqaq : 7-9)
 
Jom sama-sama beramal bersungguh-sungguh.
Kerana masa di dunia ini singkat, dan akhirat yang kekal abadi.
Dan kerana kita ingin kembali kepada keluarga dalam keadaan gembira.
Moga keluarga sentiasa dalam jagaan Allah,
Moga Allah pelihara dan sayangi mak dan adik di rumah

Ujian Lagi

Allah boleh sahaja memenangkan agamanya tanpa bantuan kita. Tengok sahajalah contoh peristiwa tentera abrahah menyerang Makkah, Allah tak perlukan pun orang-orang Arab Quraisy yang jelas-jelas mensyirikkannya untuk mempertahankan rumah sucinNya. Namun, Allah turunkan burung ababil untuk menewaskan mereka.

Namun, pada setiap zaman akan ada sekelompok manusia yang dipilih untuk berjuang menegakkan agamaNya. Moga kita tidak tertinggal dalam mengikuti gerabak ini.
Ujian-ujian ini... tidak lain hanyalah untuk kita sebagai manusia membuktikan keimanan kita; adakah hanya sekadar kata, atau ada amalnya?

Khabab bin al-Arat telah berkata: Aku telah menemui Rasulullah saw, semasa itu Baginda sedang berbantalkan kainnya, dilindungan kaabah, di ketika itu seluruh mereka menghadapi tentangan hebat kaum musyrikin, ku berkata kepada Baginda: "Tidakkah boleh tuan hamba meminta pertolongan dari Allah?". Rasulullah saw bangun dengan keadaan mukanya merah-merah bersabda: "Sebenarnya orang mu'min yang terdahulu dari kamu pernah disikat belakangnya dengan sikat besi sehingga luluh habis dagingnya, namun tiada suatu pun boleh menggugat pegangan mereka, pasti Allah akan sempurnakan urusan agama ini, hingga seseorang musafir dapat berjalan dari Sana'a ke Hadramaut tanpa takut sesuatu apa pun, selain dari Allah dan serigala ke atas kambingnya, tetapi kamu beristi'jal dan tergesa-gesa."

Allah, bantulah kami; terutamanya saudara kami di Mesir.
Jika mereka diuji sedemikian rupa dan tetap teguh, aku diuji apa?
T.T

Orang Pelik Lagi

"Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah)."
(At-Taubah 9:92)

"Ambillah bekalan dari pendirian segolongan orang... Islam yang dating bertemu Rasulullah saw untuk berjihad. Namun, Rasulullah saw terpaksa menolak kerana tidak cukup kenderaan membawa mereka. Mereka beredar sedangkan air mata mereka berlinangan lantaran sedih terhalang daripada memperolehi penghormatan dan kemuliaan jihad serta peluang syahid di jalan Allah. Sedangkan tabiat manusia, mereka akan gembira apabila terlepas daripada bahaya dan dia akan menjauhkan diri daripada peperangan. Namun, iman yang benar telah memperbetulkan neraca. Lantas, iman menjadikan mati di jalan Allah sebagai syahid, segala kesakitan dalam dakwah menegakkan kebenaran adalah penghormatan, dan segala yang menjadi lusuh dan fana dengan sebab pengislahan adalah abadi."

(Bekalan Dalam Jalan Dakwah)

Kisah Ramadhan Lalu


Lagi dua hari nak raya!! Seronoknya!! (ni situasi waktu jahiliyah dulu. sepatutnya sedih kan kerana ramadhan berlalu pergi)

 Kak Nin, Abang Zul, K Epah dah balik. Yang lain balik malam raya, insyaAllah.
Tapi kan, Abang Ami sepatutnya dah sampai ni. Dia bertolak dua hari lalu. Pelik sangat ni kalau tak sampai lagi.

Tiba-tiba kedengaran deringan telefon. Mak angkat dan tiba-tiba mak lepas gagang telefon tu. Kenapa?

Mak kata itu panggilan dari hospital. Mak kelihatan takut dan menangis. Abah menyambut gagang itu. Abah kelihatan tenang.

Abang Ami dilaporkan menghadapi kemalangan motor dua hari lalu di Ipoh dan Alhamdulillah sekarang dilaporkan sudah stabil. Khabar ini lewat sampai kerana dia tidak sedarkan diri sebelum ini dan dompetnya telah dicuri sewaktu kemalangan menyebabkan tiada pengenalan diri.

Rahangnya patah, kaki dan tangan pun sama berbalut. Raya tanpa dapat menikmati juadah raya.
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia hingga bertemu Ramadhan yang seterusnya. Moga semakin bertambah usia semakin bertambah amal abang seorang ni.

5 tahun kemudian..

Malam ni sudah masuk Ramadhan ke 19. Masih lagi di sekolah menghadapi trial spm. Paper Maths esok. Rindu rumah sangat-sangat. Entah kenapa kali ini rindunya lain.

Mungkin juga dek stress. Atau mungkin disebabkan dimarahi cikgu tadi. Atau mungkin disebabkan satu-satunya mug pecah tengah hari tadi.

Tiba-tiba kakak saudara datang. Pelik tapi aku tersenyum gembira kerana kedatangannya. Mungkin ingin melawat singgah sebentar kerana dia belajar di university berdekatan.

Namun, lain yang difikir, lain yang terjadi. Dia membawa khabar sedih. Katanya, abahku sudah tiada. Kemalangan di kampung siang hari tadi.

Aku terkejut. Berita ini terlalu ... entah la. Aku seakan tidak dapat menerima. Tiada tangisan. Pelikk. Namun, kaki tidak mampu lagi berpinjak di bumi. Dia, kawan baikku menyambut aku di sisi.
Mereka menyuruh aku berkemas pulang. Kenapa perlu berkemas? Aku pelik. Namun, aku terus menuruti. Lantas, aku seperti tersedar.

Nura, abah dah takde. Sedarlah!! Ketika itu juga air mata deras mengalir. Hati tak habis-habis berbisik, "La yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Nura, beriman lah dengan ayat ini. Allah tak akan uji kau kecuali apa yang engkau mampu je."

Bacaan al quran dialunkan di dalam kereta. Alhamdulillah tenang. Mahu tidur berharap agar semuanya mimpi. Terjaga apabila sudah berada di hadapan rumah. Banyak kereta. Diri berfikir, kenapa terlalu ramai orang ini. Lantas tersedar, ini semua bukanlah mimpi. Hadapi reality, nura..
Sekali lagi, kaki terasa longlai. Kelihatan orang-orang tersayang menangis. Kelihatan tubuh yang diselimuti kain putih. Ketika ini, hanya Allah yang boleh bantu kuatkan diri.

Jenazah akan dikebumikan esok pagi. Bersahur tanpa sedikitpun rasa. Semua berjaga menghabiskan bacaan al Quran untuk abah.

Jenazah abah dibawa pergi. Hati hiba. Namun, apakan daya. Semua kan pinjamanNya. Tapi, berharap dengan keizinan dan rahmatNya semoga bertemu kembali di sana.

Cikgu-cikgu datang bersama rombongan pelajar. Dari jauh mereka datang hingga ke corok kampung sekolah arab ni. Mereka menghadiahkan tahlil. Ramai sangat orang datang. Abah baik orangnyaa.
Bajunya masih bergantung dan bau abah pun masih ada. Seakan keluar sebentar sahaja.

Kereta abah dilanggar lori ketika abah hendak ke pekan beli juadah berbuka. Katanya, kemalangan teruk tapi Allah pelihara sangat. Rupa abah masih bersih dan tenang ketika dikafankan. Abah baru selesai mengazankan dan mengimamkan solat asar di masjid. Dan abah baru sahaja balik dari menunaikan umrah.

Semua menceritakan kebaikan abah. Hati terubat dan kesedihan semakin hilang. Memang Allah lebih sayangkan abah. Tentu abah sudah berbahagia di sana. Tentu abah sudah selesai tanggungjawabnya di muka bumi ini. Kami saksi dia abah yang soleh dan baik dan taat perintah Allah.

Surat khabar keluar berita tentang kemalangan itu. Baik-baik sahaja tulisannya. Walaupun diri tak mampu membaca namun tajuknya menyejukkan hati.

Sambung persekolahan dan peperiksaan. Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Abah, akak dapat straight A's. Mesti abah bangga kan. Abah, akak ambil doctor. Best kalau dapat cerita kat abah. Takpe2 kat syurga boleh bercerita panjang, insyaAllah.

Antara cerita ramadhan yang masih terakam di minda.
Ramadhan bulan ketabahan, kesabaran dan kesyukuran.
Bulan diampukan dosa dan dibuka pintu syurga. Mari kita berdoa bersama. Moga dengan ujian yang sebenarnya merupakan kasih sayangNya ini, akan terus membuatkan hati-hati kita lebih rindu syurgaNya.
 
" Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita "
(al-insyiqaq:7-9)

Inilah Daie!

Imam Hasan Basri rah (642M – 728M), jika beliau memperkatakan sesuatu dalam khutbah Jumaat, maka pasti diikuti dan ditaati kaum muslimin yang mendengarnya. Biasanya, jika ada kaum muslimin yang berhajat sesuatu, mereka akan meminta Imam Hasan al-Basri agar menyebut perkara tersebut di dalam khutbahnya.

Ketika Imam Hassan al-Basri (rah) sedang duduk di rumahnya yang sederhana, beliau didatangi oleh seorang wakil dari kumpulan hamba-hamba dari Bashrah.

Wakil itu berkata kepadan...ya, "Ya Taqiyuddin (gelaran bagi Hasan Basri). Majikan kami memperlakukan kami dengan buruk dan tidak berperikemanusiaan. Kami berharap pada khutbah Jumaat yang akan datang tuan dapat membicarakan tentang hal kami supaya para pemilik hamba melepaskan hamba-hambanya dan tidak memperlakukan mereka dengan kejam."
Imam Hasan Basri mendengar permohonan rombongan itu dengan baik tanpa berkata apa-apa.
Silih berganti Jumaat berlalu, tetapi beliau tidak pernah membicarakan tentang keutamaan memerdekakan hamba di khutbah Jumaatnya. Setelah setahun berlalu, hinggalah pada suatu hari Jumaat, beliau berkhutbah tentang keutamaan memerdekakan hamba dalam Islam dan besarnya dosa berbuat kejam serta tidak berperikemanusiaan terhadap hamba.

Selesai mendengar khutbah Jumaat ini, maka ramailah kaum muslimin yang membebaskan hambanya kerana Allah Taala. Dan rombongan mewakili hamba-hamba datang kembali ke rumah Imam Hassan Basri.

Ketika ditanya oleh kelompok hamba sahaya yang beberapa waktu lalu menghampirinya, tentang alasan mengapa beliau baru menyampaikan khutbah tentang ini sekarang, beliau menjawab “Saya menunda kerana saya mengumpul duit selama ini sehingga saya mampu membeli hamba sahaya lalu membebaskannya, agar saya tahu bagaimana rasanya membebaskan hamba sahaya, agar kiranya sesuai antara perkataan dan perbuatan saya, dan agar lebih menyentuh hati orang-orang yang mendengarkan khutbah saya, dan mereka juga semakin tergerak untuk membebaskan hamba sahaya mereka”.

Moga terus dikuatkan Allah menjadi daie sebegitu..

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
T.T

Dia Tuhan Yang Sama

Nabi Ibrahim ('Ibrāhīm):12 - Mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami...
 
Setiap kali ayat ni dibacakan,, mesti rasa sayu.
Terkenang saat mula disapa tarbiyah, saat disedarkan tentang Islam yang sebenar, saat dikeluarkan dari lumpur jahiliyah, saat mula berkenalan denganNya, mula diajar beinteraksi dengan kalamNya.
Terlalu nikmat jalan ini.
...
 
"Dan Dia mendapati kamu sesat, lalu Dia memberi hidayah."

So, kenapa susah nak tawakkal sekarang? Sedangkan Dia adalah Tuhan yang sama, yang menunjukkan jalan ini suatu ketika dahulu. Yakinlah, Dia akan beri yang terbaik.
T.T