"Please la Nini, stop menangis! Teruk sangat ni. Entah mana hilang iman engkau? Entah ke mana hilang keyakinan dan kepercayaan engkau pada janji-janji Dia? Redha lah! Sabar lah! Sikit je lagi tu. Semua pasti ada hikmah."
"Entah la tapi aku tak mampu pun. Serius lah, aku lemah sangat sekarang ni. Aku tak tahu macam mana nak teruskan hidup. Aku sudah tak sabar menanti hari sana. Seriously, aku tak mampu. Aku nak stop!"
"Engkau nak stop apa? Entah apa je bekalan engkau bertemu Dia. Engkau kata nak stop?"
Air mata deras mengalir. "Aku tahu tu tapi makin lama aku hidup, aku takut makin teruk. Engkau faham kan? Aku tak de lah kuat sangat. Aku tahu banyak lagi dugaan orang yang lebih besar. Aku malu, engkau tahu tak aku malu sangat menangis teruk untuk perkara-perkara sebegini. Tapi, aku sakit sangat sekarang ni."
Memang itulah perangai aku, suka bermonolog sendiri. Kadang terlepas juga menjadi monolog luaran.
Satu-satu ujian mendatang. Pelangi yang indah dahulu kini seakan hilang, sekelip mata. Jalan indah ini seakan suram. Aku tak nampak lagi cahaya di hadapan, walau hanya sekadar nyalaan kecil. Tiada langsung. Gelap, suram, bahkan seakan untuk melangkah pun aku terjatuh-jatuh tak nampak.
Ujian ini seakan datang dari semua arah. Tiada lagi tempat untuk aku mengenakkan diri. Jika dulu, apabila aku ada masalah pelajaran, aku boleh mengadu pada keluarga. Jika aku rasa kesunyian dan futur, aku akan pergi ziarah anak-anak usrah yang comel dan ceria. Jika kepala aku rasa terbeban, aku boleh cerita semua pada dia, sahabat baikku. Tapi, kini semua tiada lagi, seakan semua ditarik sedikit demi sedikit.
Aku seakan masuk ke dunia baru. Dunia dakwah dan tarbiyahku sangat baru, sangat asing bagi aku. Sakit ye sebenarnya untuk terus ikhlaskan diri. Apabila kegembiraan dahulu tiada lagi, kebasahan hati dahulu entah kering ke mana dan segala-galanya perlu kepada titik permulaan yang sememangnya sangat susah.
"Boleh tak aku berhenti sekejap?"
"Maksud engkau berhenti apa?"
"Entah, kenapa aku rasa macam nak cuti dari usrah ye? Aku cuti je, bukan stop tau."
"Suka hati engkau lah."
Sakitnya kepala. Banyak yang difikirkan. Masalah keluarga, masalah dnt, masalah pelajaran, masalah keselamatan dan macam-macam lagi. Serabut sangat. Sungguh, kalau aku kuat imannya, tak perlu pun fikir semua ini kerana masalah ini memang tak dapat diselesaikan pun. Cuma, perlu pada hati yang redha dan tawakal.
Aku menyelak satu-satu helaian Raheek Makhtum di bawah tajuk perang ahzab. Memang menjadi kebiasaan aku membaca sirah-sirah atau kisah-kisah sahabat kerana aku kagum dengan mereka. Bagaimana mereka dapat mengharungi segala ujian mendatang? Aku pelik.
Ketika berlakunya perang Ahzab, penduduk-penduduk Islam Madinah berasa sangat terancam. Musuh Musyrikin dating dengan membawa tentera seramai 10000 orang yang mana melebihi penduduk Islam Madinah sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka menghadapi kegoncangan yang sangat dahsyat. Cadangan bernas Salman Al Farisi untuk menggali parit di bahagian utara madinah itu telah menghalang tentera Musyrikin dari memasuki Madinah.
Namun, ancaman tiba-tiba datang dari dalam Madinah sendiri daripada golongan-golongan yahudi yang memungkiri janji. Bayangkanlah mereka meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah tanpa pengawasan dari sesiapa. Dan mereka perlu berada di kubu pertahanan untuk mematahkan serangan dari kafir Quraisy. Lalu, apa yang tinggal pada mereka? Hanya iman dan tawakal sahaja menjadi penenang diri.
Orang-orang munafik memberi alasan dan melarikan diri dari medan perang. Memang dasar munafik, hanya bermanis mulut sahaja, namun di dalam hati tiada iman. Apabila datang kemenangan, mereka ke mari, apabila digoncang, mereka cepat sahaja pergi. Mereka pulang beralasan rumah mereka tidak bertutup. (baca tafsir)
Itulah waktu kegoncangan yang amat dahsyat pada mereka. Namun, satu kejadian aneh berlaku, pelik sangat. Apabila mereka melihat tentera-tentera bersekutu itu, lantas berkata;
Entah dari mana mereka dapat hati dan kekuatan sebegitu? Mereka jadikan ujjian dan dugaan itu sebagai wasilah untuk mendapat pertolongan Allah. Bukankah Allah selalu berjanji, apabila sampai kepada kemuncak ujian itu, maka bantuan Allah pasti tiba.
Tak lama lagi Nini. Percayalah. Trust Him because He is the most Trustworthy.

"Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasulnya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya." Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambah iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
Entah dari mana mereka dapat hati dan kekuatan sebegitu? Mereka jadikan ujjian dan dugaan itu sebagai wasilah untuk mendapat pertolongan Allah. Bukankah Allah selalu berjanji, apabila sampai kepada kemuncak ujian itu, maka bantuan Allah pasti tiba.
Tak lama lagi Nini. Percayalah. Trust Him because He is the most Trustworthy.
No comments:
Post a Comment