Sunday, 24 December 2017

Cinta Yang Pudar?

Kematian yang menghidupkan.

Suka dengar phrase ni, dan berimpian peroleh pengakhiran seperti itu.
Bayangkanlah, seseorang yang telah meninggalkan dunia ini, jasad dan rohnya sudah terkubur dan tiada di sisi. Namun, peristiwa dan kematian itu, iman dan amalnya yang lalu telah menghidupkan jiwa-jiwa insan sekeliling sama ada yang mengenalinya atau tidak.

Sedangkan inspirasi aku untuk mula menulis pun datang dari sebuah blog yang penullisnya sudah tiada di dunia ini, tetapi kalam-kalam indahnya menjadi rujukan dan menghidupkan hati aku dan juga anak-anak usrahku. Aku ingin jadi seperti itu, yang ketika adanya bermanfaat dan ketiadaannya masih meninggalkan kesan.

Sebut mati sahaja sudah takut, bahkan berimpian seperti itu. Kenapa takut mati? Rasa amal tidak cukup, banyak amanah yang tidak tertunai lagi, dan rasa belum layak lagi untuk berkata depan Allah yang aku telah berusaha sebaik mungkin menjadi hamba dan khalifahnya yang terbaik di muka bumi.

Takut dan tahu. Sudah sedarkah? Sedar namun tidak mahu bangkit? Lakukanlah! Tunaikanlah! Lengkapkanlah!

Sudah rancangkah kehidupan selepas matimu? Itu berdasarkan amalmu sekarang! Berdebar sudah, kerana apa yang dilakukan sekarang hanya berehat, berangan-angan dan berenak-enak dengan masa lapang yang diberikan. Berjihad dan bersungguh-sungguhlah. Kerana itu membolehkanmu untuk rehat selepas matimu. Adakah kamu menyangka kamu layak berehat lagi di sana jika di dunia lagi kamu telah menggunakan hampir kebanyakan masamu berehat-rehat?

Tajuknya lain, dan muqaddimah pun sudah seperti bertukar cerita. Kenapa aku letakkan cinta yang pudar? Kisahnya aku terbaca kisah-kisah Allahyarham ukht eliyana dan post-post di facebooknya. Seorang mujahidah dan pejuang kanser stage 4 dalam usia yang sangat muda. Ditarik nyawanya ketika dia menunggu-nunggu kematian itu, dan sudah berpuas hati dengan nikmatnya di dunia.

Tahu tak apa yang ditulis membuatkan aku tersentak. Katanya ketika mendapat khabar itu, dia berasa sedih dan dalam masa yang sama bersyukur. Bersyukur kerana dalam banyak-banyak orang dia dipilih Allah untuk menerima sayangNya melalui ujian itu.

Ujian. Dan yang pertama difikirnya dipilih Allah. Dan dipilih Allah untuk merasa cintaNya. Sedangkan itu ujian yang berat.

Begitulah iman menukar perspektif insan, membuatkan mereka memandang yang lebih jauh, lebih besar yang tidak dapat pun dirasa oleh mereka yang tidak keimanan dan kecintaan mendalam.

Di'scroll-scroll' post di facebooknya lagi, dia menceritakan perubahannya selepas mengenal Allah, dan banyak yang dikorbankan, baju-baju lama dibuangnya untuk berubah agar pakaiannya selepas itu diredhai Allah, dan tentunya banyak lagi yang dibersihkan dari diri. Sungguh, aku tahu dan faham itu, menghilangkan kotoran bukan hanya mencuci namun ditarik satu-satu dari diri yang awalnya sangat menyakitkan, namun apa yang dinikmati selepas itu kurniaan yang sangat besar, yang tak banyak manusia merasainya.

Cinta bukan hanya pada kata, namun pada amalnya, pada mujahadahnya. Sungguh, dengan segala yang dikorbankan cinta itu akan bertambah-tambah lagi dan tiada apa yang rugi.

Kemudian dia tuliskan Allah berikan nikmat punya suami, anak-anak, kerjaya yang mungkin membuatkan cintanya berkurang sedikit. Lantas Allah berikan dia ujian yang besar untuk mengembalikan seluruh cintanya pada Allah semula.

Takut. Sebab aku rasa sudah lama dalam keadaan yang senang dan tiada apa  yang difikirkan sangat. Tiada sakit-sakit emosi, mental dan fizikal, cuma sekarang terasa ujiannya untuk membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Moga-moga Allah pelihara diri untuk lepasi segala ujian yang diberikan dengan sebaiknya.

Walau bagaimanapun keadaan aku sekarang, aku perlu membina semula cintaku. Supaya setiap detik aku rasa Dia ada, melihat dan mendengar aku. Supaya aku berusaha beramal dengan perkara disukaiNya dan membatasi diri melakukan perkara yang dibenciNya.

Supaya aku ikhlas dengan hidup, seluruh amal hanya bermatlamatkan untuk mencapai redhaNya. Supaya aku rindukan setiap masa untuk bertemuNya; dalam ibadahku dan juga pertemuan hakiki suatu hari nanti. Moga-moga diizinkan pertemuan yang indah.

Agar pertemuan indah itu sentiasa menjadi obsesiku, maka berubahlah! Bermujahadahlah dan bersusahlah! Bukan berehat-rehat dan berlena berlama-lama.

Allah, bantu aku. Kini aku sendiri. T.T Kini aku sendiri. Tidak punya mereka di sisiku, tiada mentadabbur al Qur'an bersama-sama dan tiada siapa memperingatkan, memujuk untuk sama-sama beramal, memberi solusi terhadap permasalahan dan mengajak berjuang melupakan rehat.

Sakit hilang mereka. Susah untuk adapt dengan suasana baru. Aku ingat dapat membina pulau, namun tambak sedikit pun tidak kelihatan. Lemahnya aku. Layakkah orang seperti ini meminta syurga firdaus?

Meningkat umur lain suasananya, meningkat fasa lain tuntutannya. Nura kena kuat dalam setiap yang dilaluinya, jadikan semuanya seperti apa yang Allah inginkan dari hambaNya, dan apa yang Rasulullah suka ummatnya lakukan. Nura boleh! Hidup kerana Allah, jangan mati kerana manusia. Mereka hanyalah hadiah-hadiah untukmu sepanjang perjalanan ini. Sedangkan redha Allah tujuannya. Seka air mata, angkat kepala dan berjalanlah sehingga Allah telah menetapkan tamat tugasanmu di muka bumi ini.
 

Friday, 10 November 2017

Coretan tentang Thabat

Kerana aku bukan dari keluarga yang aktif dalam gerakan dakwah dan tarbiyah.
Bukan juga dari kalangan mereka yang sejak kecilnya terdedah dengan tarbiyah menerusi sekolah dan program-program.
Bukan juga akhowat yang tinggal di kawasan yang aktif DnT dan sudah tersebar fikrahnya di tempat itu.
Bukan juga lahir dari keluarga yang sangat support atau salim dengan fikrah yang dibawa.
Maka, di sini aku tuliskan agar mereka yang sama situasi seperti aku dapat manfaat daripadanya.

Terdetik hatiku untuk menulis entry ini selepas mendengar luahan murabbiahku di Malaysia. Dia menceritakan situasi yang dilalui oleh pelajar-pelajar oversea yang menerima tarbiyah di sana; cabaran dan masalah yang berlaku apabila mereka pulang ke Malaysia. Dan ramai yang mula menarik diri dari terus bersama gerabak ini walaupun mereka dahulunya merupakan penggerak di kawasan masing-masing.

Jadi, di sini aku ingin berkongsi beberapa tips walaupun aku cukup tidak layak dek sedikitnya amal, tetapi jika itu bermanfaat untuk orang sekeliling, apa salahnya untuk aku coretkan sedikit di sini:

1. Mantapkan Fikrah dan Keyakinan

DnT yang kita sayangkan ini bukan hanya bermain sekitar peng'islah'an diri sendiri dan berseronok di dalam bulatan gembira dan konferens riang, namun ada dasar perjuangan dan fikrah yang dibawanya.

Sewaktu berada di dalam biah DnT yang ideal, ambil lah masa untuk tambahkan ilmu agar dapat mantapkan lagi fikrah yang ada. Baca buku-buku berkaitan dan mula bertanya pada mereka yang di'thiqah'i berkaitan fikrah perjuangan dan Jemaah ini.

Bina diri agar yang berkehendakkan kepada tarbiyah itu adalah diri sendiri dan bukan orang sekeliling seperti murabbi, usrahmates atau housemates. Maka, apabila kita ditinggal bersendirian satu hari nanti, kita akan keluar bukan terperuk, dan kita akan mencari bukan dicari. Kita akan berusaha sebaiknya untuk membina semula biah dulu.

Sudah tentu orang yang faham asas fikrah perjuangan ini tidak akan mudahnya meninggalkannya hanya dengan cabaran dan dugaan kecil. Bahkan, bagi mereka yang kukuh fikrahnya, walau badai besar melanda sekalipun mereka tetap utuh bertahan.

Antara contoh ujian yang bakal dihadapi ialah keluarga yang menghalang untuk kita bergerak aktif, tempat usrah yang jauh, tidak punya masa dan wang seperti dulu, ahli usrah baru yang tidak pernah dikenali dan sehinggalah sekecil-kecil perkara iaitu FUTUR; iman yang lemah.

 



2. Bina Diri, Jaga Mutabaah Amal

Jika akhowat masih lagi berada dalam biah tarbiyah yang ideal itu, maka inilah masa yang terbaik untuk benar-benar jaga tarbiyah dan ruhiyyah diri, biarlah sentiasa berada dalam keadaan yang tertinggi walaupun sesibuk  mana, dan walau tak disemak pun oleh murabbi. Kerana apabila kita sudah terbiasa beramal sebaik mungkin, maka jika futur atau jatuh pun tidaklah di tempat yang paling bawah. Masih dekat dan dapat dicapai tangga-tangga untuk kita mendaki semula.

Walau di Malaysia masa dan kesihatan kita akan terlapang tetapi dek tiada usrah atau bukan di dalam biah solehah yang menjadi kebiasaan, tentu akan terkesan juga dan teruji iman seorang daie itu. Setkan atau letakkan target diri pada yang tertinggi dan biasakan beramal sebaik mungkin, agar apabila futur kita sedar akan kekurangan dan sebaik mungkin bermuhasabah dan menasihatkan diri untuk kembali semula bangun dan berlari.

Sefutur mana pun diri, tetaplah istiqamah dengan bacaan al Qur'an harian dan solat di awal waktu sebaiknya dilakukan berjemaah. Elakkan diri dari terjerumus dengan jahiliyah-jahiliyah yang pernah berjaya dibuang dari bersarang dalam diri. Kembalilah bermujahadah melawan nafsu kerana jika terjebak akan membuatkan kita semakin lambat, makin futur dan makin ingin berjauhan dengan perkara yang mengembalikan kita pada akhirat. Dan tentunya boleh menjadi faktor kita rasa rimas atau berat apabila di'contact' murabbiah baru.



3. Rasa 'Belonging' to Jemaah

Dianalogikan kita sebagai tuan rumah bukan tetamu, maka segala kelemahan dan kerosakan akan dibaiki bukan dirungutkan. Penting sangat untuk seorang akhowat yang ingin thabat punya perasaan ini.

Ketahuilah individu-individu hebat seperti anda sangat diperlukan oleh Jemaah! Kalau tiada tenaga muda yang jelas dengan fikrah dan mantap tarbiyahnya untuk menggantikan posisi pakcik dan makcik di masa hadapan, maka siapa lagi? Walaupun sebenarnya gerabak ini akan terus bergerak tanpa kita, tapi sangat rugilah untuk diri yang tidak langsung menyumbang dan hanya diam memerhatikan.

Apa aplikasinya perasaan ini terhadap akhowat BFG?

Anda tidak hanya menunggu panggilan usrah tetapi berusaha mencari dengan 'contact' akhowat-akhowat yang sama negeri atau kawasan. Anda tidak terus merajuk dek lambatnya di'contact', tetapi terus bertanya paling kurang pun murabbiah lama. Dan usaha 'simple' yang anda boleh lakukan adalah 'contact' Ikram kawasan walaupun hanya melalui facebook. Percayalah, ia sangat berkesan! Walau mungkin bukan di semua kawasan.


 


4. Jangan 'lost contact' dengan Akhowat

Kadang, mungkin ujian atau cabaran yang bakal dilalui waktu BFG sangat berat. Contohnya, keluarga yang sangat-sangat melarang dari meneruskan DnT di Malaysia. Mungkin pada waktu itu kita berasa sangat 'down' dan cemburu dengan rakan-rakan yang dengan mudahnya bergerak di kawasan masing-masing apatah lagi yang punya ibu bapa sefikrah.

Maka, ketika ini sangat penting untuk kita 'mindsetting' yang sebenarnya akhowat-akhowat sangat sayangkan kita dan tak mahu kita berputus asa. Mungkin fasa ini sementara sahaja sementara menunggu panggilan kerja. Manfaatkan peluang sebaiknya untuk berbakti kepada kedua ibu bapa dan eratkan silaturrahim sesama adik-beradik. Bukankah itu satu dakwah?

Dapatkan kekuatan dari akhowat-akhowat tidak kiralah mereka yang dahulunya bersama kita sewaktu di luar negara ataupun akhowat kawasan sendiri. Jangan 'awkward'. Walaupun mungkin baru berkenalan, tetapi mereka masih akhowat sefikrah yang tentunya sangat menyayangi dan menghargai rakan seperjuangan.

Rancanglah strategi walau sedikit seperti memperkenalkan 'parents' dengan akhowat melalui ziarah. Mungkin akan lembut sedikit hati mereka dek tulus dan solehahnya akhowat-akhowat kita!



5. Rapatkan Diri Dengan Murabbiah

Jadi, ini tips untuk yang sudah mula berusrah di Malaysia. Mungkin pada awalnya malu, 'awkward', 'inferior' tetapi semua masalah itu datang dari diri dan mudah untuk ditangani dengan hanya membetulkan 'mindsetting' diri. Percayalah, mereka pun rasa perkara yang sama tetapi once barrier sudah pecah, mungkin ukhuwah yang bakal dibina lebih meriah berbanding sewaktu di oversea.

Ramai akhowat sering mengadukan tentang usrah di Malaysia yang tentunya sedikit berbeza terutama apabila murabbiah dan ahli-ahli usrah terdiri dari kalangan makcik-makcik dan orang yang lebih tua dari kita. Dan kita menjadi yang paling muda! Cuak tak? Jadi, sudah tentu akan berbeza dari segi tenaga, masa dan komitmennya. Mereka kebanyakan sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak bahkan cucu-cucu pun. Tentulah sangat lain dengan murabbiah dulu yang single-mingle, mungkin punya banyak masa ber'muayashah', 'calling-calling', 'pillow talk' bersama, pantau mutabaah amal ketat-ketat dan 'tasyji3' dengan sepenuh hati untuk kita turun berdakwah atau bersungguh dalam medan amal.

Dan perkara inilah yang diadukan oleh murabbiahku apabila akhowat luar negara suka membandingkan murabbi lama dengan makcik-makcik yang akhirnya menjadi penyebab mereka meninggalkan gerabak dakwah ini. Patutkah begitu?

Ketahuilah betapa untungnya kita bermurabbikan mereka; daieyah-daieyah yang Allah telah pilih untuk thabat dan istiqomah hingga ke tua. Cedoklah ilmu-ilmu mereka, ambillah pengajaran dari pengalaman-pengalaman mereka dan manfaatkan sebaik mungkin kehadiran mereka sebagai murabbiah kita untuk meminta nasihat dan menjadi rujukan dalam permasalahan-permasalahn kita.

Kadang-kadang kita takut untuk mulakan, tetapi percayalah walau mesej panjang yang kita hantar berbalas pendek, bahawasanya makcik-makcik sangat okay je dan seronok untuk kita bersembang secara berdepan. Maka, curilah masa bersama mereka! Bergantung kepada kreativiti akhowat, boleh jadi dengan tidur di rumah mereka atau menjadi PA setia menguruskan program-program Ikram kawasan. Tunjukkan kesungguhan untuk belajar dan menyumbang supaya di'thiqah'i dan diberi tugas-tugas baru yang sangat membantu membina diri. Belajarlah bergaul dengan kanak-kanak atau non-muslim; cara berkomunikasi dan berdakwah kepada mereka yang tidak kita peroleh di luar negara misalnya.

 
 

6. Usaha Sebaik Mungkin untuk Commit dalam Wasilah Tarbiyah


Seperti yang dijangkakan, tentunya banyak cabaran ketika di Malaysia untuk akhowat commit dengan wasilah tarbiyah. Jika usrah di oversea hanya di rumah sendiri, mungkin di Malaysia jaraknya boleh jadi setengah ke satu jam untuk ke tempat usrah. Diuji pula dengan rancangan-rancangan keluarga yang sering bertembung dengan program-program DnT.

Waktu seperti ini, tipsnya hanya satu. Jika tidak dapat dielakkan masalah itu, maka okay je untuk minta kebenaran murabbi untuk tidak hadir, tetapi jangan pernah 'create' sendiri alsan-alasan yang boleh je diatasi oleh diri sebenarnya. Once apabila kita sudah memberi kelonggaran pada diri sendiri, maka makin lama makin tidak mengambil berat soal tarbiyah.

Biasalah untuk kita berubah tika mana suasana berubah. Kuatkan diri dan jangan berada di takuk lama. Apabila tarbiyah menuntut untuk kita berkorban sedikit, maka lakukanlah!


7. Carilah Pasangan Sefikrah atau yang paling kurang pun Seseorang yang Menyokong Kita untuk Aktif DnT

Sengaja dimasukkan point ini untuk tulisan kali ini sebab sangat faham je dengan concern-concern akhowat BFG. Maklumlah, baru pulang dari oversea dan tentu ada yang akan mula ditanya-tanya dan dilamar.

Jika anda merasakan DnT ini adalah kehidupan yang tidak boleh ditinggalkan, maka jadilah mereka yang aktif dalam menilai lamaran bukan hanya pasif menerima. Lakukan perbincangan dengan murabbiah dalam soal yang tentunya akan mempengaruhi masa depan DnT anda.

Usahalah! Walau belum pulang ke Malaysia dan dapat ujian seperti ini, usahalah untuk menjadi wanita yang terbaik kerana Allah sudah berjanji, 'wanita yang baik untuk lelaki yang baik'. Kalau yang diimpikan pasangan hidup kita adalah ikhwah yang aktif DnT, takkanlah kita sebaliknya. Jadi, mulai sekarang, layakkan diri anda! Banyakkan berdoa dan buktikan dengan amal kita!



8. Doa! Doa! Doa!

Apabila satu soalan diajukan, 'apa pandangan ukht terhadap DnT?' lama aku terdiam dan muhasabah. Mengimbau semula kenangan apabila mula berkenalan hingga akhirnya ditaklifkan membawa usrah mantiqah luar. Teringat jawapan murabbiah satu ketika dulu, 'DnT itu nyawa bagi ana'. Dan aku pegang hingga sekarang.

DnT adalah nyawa yang menghidupkan diri yang suatu ketika dirasakan mati, membuka mata seluas-luasnya memandang kehidupan yang di sananya kekal abadi, menukar obsesi diri kepada keredhaan Allah dan syurganya, membuatkan diri ingin berjuang melihatkan keadaan ummat yang tenat. Tidak mungkin tarbiyah hidup tanpa dakwah dan dakwah hidup tanpa tarbiyah. Tidak mungkin aku hanya berusrah tanpa ada medan amalnya, atau aku berdakwah tanpa mengikuti manhaj tarbiyah ini.

Maka, hadirkan erti DnT dalam diri anda, hingga boleh menyebabkan anda menangis teresak-esak mohon agar Allah benarkan diri istiqamah dan thabat hingga ke akhir hayat. Kerana Allah yang menentukan masa depan kita, maka tunduk rebahlah mohon agar diampunkan dan dipilih untuk tergolong dalam kader-kader yang memperjuangkan dakwahNya.

Akhir kata, sebagai antara akhowat yang melalui fasa-fasa BFG ini,

"Jangan pernah putus asa! Walau seteruk mana pun kita pernah jatuh, ingatlah harapan masih ada selagi Allah izinkan kita bernyawa. Sungguh, Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat."



Wednesday, 2 August 2017

Akukah Pemuda?



Mengimbau semula tazkirah2 ringkas sheikhah.

"Untuk mengembalikan Islam ke tempat yang tertinggi, seseorang pemuda itu bukan hanya kena ada himmah (kehendak/tekad) tapi dia juga perlu ada ham (kesedihan) dan itu yang akan menjadi faktor penolak untuk dia terus bergerak.

Saya bagi contoh mudah, katakanlah kalau seseorang itu ingin berjaya dalam peperiksaan. Semestinya dia perlu ada target atau keinginan untuk cemerlang. Pada masa yang sama orang itu pasti pernah berpengalamanmenangis atau sedih kerana gagal atau kesusahan hidup. Dan itu akan jadi faktor penolak besar untuk dia terus berjaya dan tidak mengalami kesedihan yang sama,


Sepertinya kita ingin mengembalikan kemenangan Islam, kita mesti ada himmah; keinginan untuk melihat semula Islam yang berada di puncak tertinggi dunia dan seluruh manusia berada dalam naungannya dan syari'at tertegak di bumi, namun, himmah sahaja tidak cukup untuk menjadi faktor pemuda itu terus bergerak. Faktor penolak yang penting adalah ham, yang mana pemuda itu sentiasa berasa sedih dengan keadaan ummat dan dunia Islam sekarang, yang mana akan membuatkan dia ingin mengeluarkan saudara2nya yang dalam kehinaan, penyeksaan dan kesempitan itu menikmati kembali hidupnya; hidup dalam lembayung dan rahmat Islam."

Mungkin skrip itu ada yang diubah2, namun kefahamannya seperti itu. Dan banyak lagi contoh2 yg diberi tidak aku ceritakan. Mungkin terjemahan itu banyak cacat-celanya.

Pemuda punya kekuatan yang tiada pada orang tua mahupun kanak2, memetik kata Imam Hassan al Banna;

"Asas keimanan ialah hati yang bersih,
Asas keikhlasan ialah jiwa yang suci,
Asas semangat ialah keinginan yang kuat,
Asas usaha ialah keazaman yang membara,
dan semua sifat ini tidak wujud kecuali pada PEMUDA."

Jadi, wahai pemuda, sedarlah bahawa kemenangan Islam kini terletak pada dirimu. Siapa yang engkau ingin harapkan? Adik-adik yang masih belum matang fikirannya? Pakcik makcik yang sudah kurang tenaganya?

Malulah. Jika akal fikiranmu, anggota tubuhmu sempurna, tetapi engkau berpeluk tubuh tidak melakukan apa. Duduk di hadapan tv bergelak-tawa, menghabiskan masa2mu melepak bergembira, membuang masa dengan gadjet2 di tanganmu, membazir berbelanja dan menikmati makanan sepuasnya hingga ada yang terbuang walaupun masih elok.

Mana himmahmu untuk kemenangan Islam?
Mana hammu terhadap penindasan saudara2mu?

Just a short reminder, for me especially.
Writing this after watching the video. T.T

Sunday, 12 February 2017

Pengalaman Elective Posting di PPUKM

Sengaja ingin dikongsikan sedikit pengalaman di sini supaya orang yang mencari akan menjumpai, tidak seperti aku, yang ketika mencari tidak mendapat apa yang diingini. Bukan apa, untuk memilih sama ada mahu menghabiskan duit dan mengorbankan masa bersama keluarga, sudah tentulah perlu dikaji terlebih dahulu supaya segala yang bakal dikorbankan itu berbaloi.
Learning Objective kami di sini:
1. Differentiate between emergency and non-emergency conditions and how to approach.
2. Able to do simple procedures such as:
·         IV access
·         Phlebotomy
·         T&S
·         Bandaging and splinting
·         Nebulisation protocol
3. Observe and learn:
·         CPR
·         Intubation
·         Central and arterial access
·         Urinary catheter insertion
4. Mastering on how to monitor:
·         ECG
·         U/S
5. Learning on how to manage a trauma patient.
6. Getting experience in ambulance run.
Aktiviti Sepanjang Posting:
1. Introduction of Emergency Department in Malaysia.
In Jordan, we don’t have department called ED, but we just have Emergency Room contain all the room for each major department for emergency cases. So, posting in this department really help us to understand better about system in Malaysia before we do our HO here.
Bermula dengan Primary Triage. Di sini akan ditugaskan seorang AMO untuk evaluate condition of the patient. Akan ada 14 sign of instability yang kalau patient ada salah satu darinya, dia akan ditolak ke Red Box.
Untuk patient yang stable, dia akan ke Secondary Triage. Di sini further evaluation akan dibuat. Focus history akan diambil dengan lebih baik dan vital sign akan dilengkapkan. Pesakit yang dirasakan kurang stable atau will be deteriorated suddenly nanti akan ditolak ke Red Box. Bagi patient yang masih stable akan ditulis management sebelum berjumpa doctor sebenar di Green Zone. Contohnya, buat CBC, RP, PT and PTT, urinalysis, bagi pain killer, IV fluid dan sebagainya. Semua procedure ini akan dilakukan di CTX yang dijaga oleh AMO juga. Dan di sini juga berlaku Triage Away, which mean certain cases yang actually can be managed at Klinik Kesihatan, mereka ni akan diconsult untuk ke Klinik Kesihatan berdekatan.
Dan patient yang stable akan tunggu giliran untuk berjumpa doctor di Green Zone. Untuk OKU patient, age>65 or age<5 year old, mereka akan dikategorikan sebagai 3* which means akan diberi keutamaan. Dan di Green Zone, mereka akan menerima consultation dari doctor yang bertugas dan boleh jadi mereka akan diadmit.
Bergerak ke patient yang dihantar ke Red Box, mereka akan dievaluate lebih, sama ada dihantar ke Yellow Zone atau Red Zone. Yellow zone bermakna patient yang unstable, perlu dipantau dan kemungkinan akan di’admit’. Manakala red zone pula nama lainnya adalah resus, where patient has to be resuscitated and carefully monitored. Antaranya vital sign sangat tak stable, severely dehydrated dan macam2 lagi.
Kadang ada juga certain cases yang tiada langsung 14 ciri2 untuk dihantar ke Red Box tapi masih dihantar. Contohnya suspected intestinal obstruction dan severe hematuria.
Untuk patient yang datang dengan ambulance akan direct terus ke Red Box. Dan patient yang trauma pula akan dibahagikan kepada trauma yang stable dan expected to be unstabled. Contoh trauma yang stable tu, tangan luka terkena pisau ke, seterika terjatuh di kaki ke. Dan yang tak stable tu macam accident di jalanraya ke, which has to be assessed more.
2. Observe and Do the AMO work
Kadang kami diberi peluang untuk mengambil history dan menulis sendiri di form. Meng’evaluate’ emergeny or non-emergency cases. Berada di Primary and Secondary Triage, memahami dengan sebaiknya cara bekerja dan bagaimana men’triage away’ patient. Tak sangka untuk yang ini pun ada cara yang sangat baik. Sebab itu di Primary and Secondary Triage ni ada seorang MO akan bertugas yang mana AMO akan boleh bertanya untuk certain2 conditions apa management dia, dan juga untuk Triage away patient.
Kami berpeluang melihat seorang doctor dengan penuh hikmah mencadangkan untuk seorang pesakit ke klinik kesihatan dek kondisinya yang tidak berapa serius. Dan skill itu memang sangat-sangat diperlukan untuk setiap doctor.
Kami juga berpeluang untuk melakukan tugas-tugas seperti insert canula, pasang ecg, give nebulizer to asthma patient dan banyak lagi.
Sebelum terlupa, di bahagian CTX juga terdapat asthma bay, yang menempatkan patient2 asthma yang stable dan perlukan nebulizer. Mereka ini kemudian akan di’consult’ oleh dr bertugas berkenaan management seterusnya, tidak perlu lagi tunggu untuk masuk ke Green Zone.
3. Management of Trauma Patient
Kami ada satu sesi khas bersama dengan Dr NA di situ yang menceritakan dengan jelas management of trauma patient dari A sampai Z. Kami ke Clinical Skill Lab dan satu mannequin yang banyak kesan-kesan luka  dikeluarkan.
Boleh rujuk internet untuk mengetahui teorinya, tapi di sini kami belajar praktikalitinya.
Dan doctor memang suka bertanya, walau kita kata tak tahu, doctor still suruh buat, dan kami pun teka je lah. Dan sangatlah digelak2kan oleh doctor. Nasihat saya agar student yang berhajat untuk buat attachment di sini memang sangat kena study dulu la sebelum sesi tersebut.
Dan selepas sesi berakhir, kami jumpa banyak kes trauma, dan observe dengan baiknya cara doktor2 di sini manage trauma.
4. Session Of Bandaging, Splinting and Suturing
Hari itu kami habiskan seharian untuk belajar splinting, bandaging dan suturing. Asalnya kami ingat kami akan belajar skill2 untuk buat semua ini. Malangnya, sesi dimulakan dengan soal jawab mengenai anatomy dan physiology of leg and hand. Menangis tak ingat nerve, blood vessel dan anatomical landmark yang penting.  Kemudian, disambung dengan teknik2 melakukan dengan baik. Dan diberitahu kenapa ada yang perlu traction, dan immobilize.
Kagum sangat dengan Encik J. Walaupun lelaki, tetapi setiap yang dilakukan sangat teliti dan bandage yang dipasang sangat kemas dan cantik. Malu kami. Selepas itu kami diberi masa untuk bermain2 sendiri, test2 buat semua benda seperti yang diajar. Masa kami hari itu dihabiskan dengan suturing dari selepas rehat hingga pulang dan berharap agar dapat buat dekat real skin.
5. CXR with Dr H
Supervisor kami pesan belajar sikit2 dulu before masuk kelas. Jadi tengok la slide CXR tu. Alhamdulillah sempat tengok skit sebab doctor mulakan sesi dengan buat kuiz antara kami berdua guna Kahoot. Memang mencabar dan membuatkan adrenaline rush.
Dan habis sahaja games tu doctor terus mengajar sedikit kes common dan memberi laman web yang sesuai untuk kami belajar (Radiology Masterclass). Memang style doctor Malaysia mengajar sangat best. Exciting and interesting. Dan meninggalkan banyak persoalan untuk kami study sendiri di rumah.
6. ACLS Megacode
Aktiviti ini yang paling mengujakan. Untuk aku, first time expose untuk benda-benda macam ni yang sememangnya sangat penting untuk seorang doctor mahir. Kata doctor, disebabkan dia dahulu tidak didedahkan awal, dia tidak mahu kami menjadi sepertinya yang takut untuk on call dan berdoa setiap kali untuk tiada patient collapse waktu dia bertugas.
Tapi untuk kami yang sudah tahu, Alhamdulillah. InsyaAllah kalau berada di tempat sebegitu ketika patient cardiac arrest kami tahu bertindak bagaimana.
Latihan ini sangat mencabar kerana apabila kita disuruh menjadi team leader, berdebar sangat untuk menentukan management.
Patient datang dengan collapse.
1. Put cardiac monitor, ambobag patient with oxygen, secure the airway.
2. Check rhythm
3. Check pulse
4. Check BP
Ok, nanti kita tahu nak shock ke, cpr ke, bagi ubat ke. Memang awalnya rasa nak menangis je sebab asyik buat patient mati atau fail je, tapi Alhamdulillah lama2 makin tenang dan confident.
Yang tak tahannya, awal2 masuk CSL tu kami terkejut skit sebab mannequin tu boleh breathing. Bayangkan la ada bunyi bernafas dan dada dia bergerak. Tiba2 terdengar belon pecah dan mannequin berhenti bernafas. Pastu doctor jerit pneumothorax, dan kami pun gelak beramai2.
Yang lagi kagumnya mannequin ni ada pulse juga. Memang jakun sangat kami sebab di Jordan kami tak diexpose dengan banyak mannequin.
7. History and Physical Exam
Sama je macam di Jordan, Cuma di sini kami boleh cakap bahasa melayu yeayyy. Dan deal dengan patient pelbagai bangsa dan agama.
Ada satu ptn tu muka melayu sangat, pastu aku tegur la assalamualaikum. Sekali dia tegur aku kata dia cina, kata selamat pagi. Hehe nak kata pengalaman la ni, moga lepas ini berhati-hati.
Kadang ada doctor suruh kami present case dan buat examination dekat patient2 yang ada finding. Best, macam kat Jordan juga.
8. Grand Round
Okayyy, yang ni mantap sangat, dia kumpul semua staf buat bulatan dan bahagikan kedudukan AMO, nurse, HO, MO, student.
Doctor buat macam lakonan skit patient datang complain of paralysed of half face and slurred speech. Pastu semua orang kena tunjukkan peranan masing-masing dari A sampai Z.
9. Short Crash ECG Course and On call with Dr A
Sudah lama kami nantikan untuk belajar bersama Dr A kerana dia memang famous dengan kehebatannya dalam mentafsir ECG. Kelas ditangguh-tangguh dek kesibukannya. Namun, akhirnya berkesempatan ber’kelas’ sekejap bersamanya.
Hari tu kami belajar berkenaan ST elevation je, tapi terlalu banyak dipelajari. Tahu tak selama ni nura ingat ST elevation tu MI je. Tiba2 banyakkk sangat lagi. Dan first time nura dengar right sided ECG dan posterior lead ECG. Alhamdulillah lepas tu semangat belajar apa yang doctor suruh.
Malam terakhir sempat kami ber’on call’ bersama doctor. Kami rela berkorban untuk balik kampung hari sabtu semata-mata untuk berpeluang belajar lagi dengan doctor. InsyaAllah kalau diizinkan satu hari nanti ingin sangat menyertai ECG Course yang diajar oleh doctor.
10. Tazkirah
Hari terakhir sempat kami menyertai tazkirah pendek. Walaupun pendek, tapi cukup untuk membuat diri kagum dengan mereka. Bukan sahaja hebat ketika handle patient atau membuat presentation dan mengajar, tapi doktor2 ni hebat juga ketika memberi tazkirah. Dan apa yang lebih mengagumkan mereka bukan sahaja bekerja bersama, namun turut saling mengingatkan tentang Allah dan hari akhirat. Patutlah teamwork nya hebat.
11. Presentation
Kami dikehendaki untuk melakukan presentation berkenaan Jordan; the places, the foods, and our life as medical students there. Okay, ni serius malu jugak la, sebab bukan kena buat presentation depan student, tapi depan doctor kot.  Dan waktu tu nura tak bersungguh sangat pun, buat ala kadar je. Ni antara benda yang disesalkan, lepas ni tak nak main2 dah buat presentation.
12. Class on how to manage disaster
Disebabkan kami dapat bersama students selama 2 minggu, kami pun join sekali kelas diorang. Kali ni kelasnya bertajuk, ‘how to manage disaster’. Best sangat kelas tu, sebab setiap student mesti participate, semua kena jawab soalan. Alhamdulillah, dapat pengalaman bersama dalam lecture menarik.