Malam itu selepas selesai liqa' usrah bersama adik-adik, aku terus bergegas ke rumah murabbiku yang berdekatan,
"Akak, bestnya jadi murabbi. Kenapa baru sekarang saya tahu. Kalau dari dulu lagi sudah tahu, takkan saya sia-siakan umur ini tanpa nikmat itu."
20 tahun berlalu, baru kini aku buka hati untuk berkenalan dan bergaul dengan junior-junior, mereka yang lebih muda daripadaku. Ini pun selepas menerima tanggungjawab berat.
"Selesai sudah kisah Habib an Najar. Sekarang, akak nak cakap something. Untuk menegakkan Islam ini, kita perlu jundi-jundi persis seperti Habib an Najjar, yang once dia tahu kebenaran, lalu bersegera untuk menyampaikan. Dan kita tahu dalam tarbiyah kita juga sangat perlukan pewaris-pewaris yang akan menyambung rantaian dakwah ini. Semua orang cuba tutup mata dan ambil masa berfikir dan berbicara dengan Allah sejauh mana kita ingin menjadi satu. Dan akak nak bertanya, siapa di sini sudi menjadi murabbi? Tiada paksaan dan siapa yang sudi boleh mengangkat tangan."
Tanpa ragu aku mengangkat tangan. Kenapa tidak? Tiada alasan untuk aku menolak. Kerana jalan ini terlalu banyak mengubah aku, seluruh hidup seorang aku. Adakah aku ingin menyimpan nikmat ini seorang . Tidak sama sekali, aku tidak ingin menjadi hamba yang mengingkar nikmat. Atas keindahan dan kenikmatan hidup yang Allah beri ini, jadi mengapa perlu bersembunyi, bahkan berjual belilah dengan Allah. Allah bagi aku nyawa, harta, tenaga, masa, kekuatan dan yang paling besar nikmat iman dan islam, mengapa aku tak gunakan semua demi agamaNya. Sudah tentu aku ingin banyak lagi muslim yang sedar akan matlamat hidup, akan agama suci yang menuntut lahirnya lebih banyak lagi individu-individu muslim.
Dan jika aku menjadi salah satu wasilah Allah untuk menyampaikan hidayah kepada mereka, mengapa perlu ragu? Dan jika tugas ini untuk memuliakan aku, mengapa menolak? Dan jika seorang murabbi itu merupakan pewaris dakwah para rasul dan sahabat, adakah aku ingin memutuskan? Dan jika kerja ini bakal mendekatkan aku dengan Sang Pencipta, apa lagi yang aku inginkan selain itu?
Dan akan aku simpan kemas-kemas detik permulaan yang mengubah hidup aku sepenuhnya ini.
Dan ujian itu bermula. Satu-satu perkara yang aku benci untuk lakukan, aku perlu harungi.
"Bencinya buat benda ni. Tolong la, aku bukan kenal adik-adik ni pun. Kenapa perlu bertegur sapa pulak? Malu lahhh. Gaya syok sendiri pulak. Tengok la tu diorang bukan balas pun.."
Itu lah aku, mungkin dulu terlalu sombong, sehingga dengan junior tidak pernah bersembang apatah lagi memulakan perkenalan. Bagi aku, kenapa yang tua perlu memulakan, junior yang memerlukan pertolongan la yang meminta. Dan kini sebaliknya perlu dilakukan. Benci benci. Sudah la aku seorang yang tak suka bercakap, lebih suka menyendiri dan berbuat kerja berseorangan.
Kadang, hati ini meronta untuk menarik diri. Tapi aku punya pegangan sendiri. Tidak suka kalau ada kerja yang aku tidak selesaikan sehabis baik. Untuk pertama kalinya aku rasa ingin berputus asa. Sehinggalah...
"Akak, terima kasih contact saya. Akak, macam mana keadaan kat sana ye? etc..."
Akhirnya mesej itu berbalas. Berbunga hati, seakan nampak cerahnya jalan selepas ini. Kami berbalas mesej, seronoknya seakan mempunyai kekasih. Sehingga mereka sampai di sini.
Rupanya adik yang dimesej dulu tidak ingat pun akan nama kakak yang menghantar mesej ini. Dan dikurniakan beberapa mantee untuk diuruskan secara teknikal. Apalagi aku mengambil peluang sepenuhnya untuk berkenalan sebaiknya, bukankah langkah pertama dalam dakwah fardhiyah adalah tautan hati. Sehingga adik-adik ini sangat terikat denganku, setiap pertanyaan di benak semuanya ditanya padaku.
Diringkaskan cerita, akhirnya tiga orang adik sudi berusrah denganku. Tapi sungguh, ceritanya tak seringkas itu. Pertama kali aku berasa sepenat itu, perlu mengorbankan segala kerehatan cuti, sebanyak-banyak harta, dan perasaan terutamanya. Sungguh, susah untuk menukar seorang nura yang pendiam, tak suka bergaul, ego kepada seorang yang peramah, humble, sweet dan segala-galanya. Tak tipu sepanjang perjalanan itu, banyak kali ingin berputus asa menarik diri. Dan ketika itu tiada sang murabbi yang sering menguatkan dan sahabat-sahabat seusrah yang lain. Lalu kepada Dialah aku cerita segalanya, aku mohon kekuatan. Dan sehingga kini, detik inilah yang aku rindu. Sungguh aku kuat hanya keranaNya.
Satu hari ketika badanku terlalu penat dan menagih rehat, aku pasangkan satu ceramah daripada Tawfique Chowdry, tafsir surah al qalam. Dan tiba pada ayat ini,
Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan. (al qalam: 48)
Dan katanya, pada ayat ini Allah mengarahkan nabi Muhammad bersabar. Seolah memujuk untuk bersabar sekejap je lagi, tak lama lagi pasti ada cahaya. Bersabarlah kerana Allah, jangan pernah berputus asa walau sebentar. Jangan berputus asa terhadap mad'u sebagaimana nabi Yunus pernah berputus asa pada kaumnya.
Dan kerana pujukan itu, nabi Muhammad tidak berputus asa terhadap kaumnya dan kerana itu aku menerima nikmat Islam dan iman ini. Dan kerana pujukan Allah yang ini, seakan ada semangat baru menguasai diri. Aku lantas bangun, bangkit semula dari kelelahan. Buang segala kepenatan, perasaan, ego yang menguasai diri.
Dan aku mula berusrah dengan tiga orang. Bagaimana aku mendapat ketiga-tiganya? Sungguh tak mampu diceritakan semuanya di sini.
Satu hari aku ke rumah seorang adik, ingin berkongsi tazkiran mengenai interaksi dengan al quran. Selesai solat Jemaah bersama, aku dengan membuang segala sifat malu menawarkan diri untuk berkongsi sesuatu, padahal sebelum itu aku tidak pernah melakukannya. Aku meneruskan perkongsian memandangkan tiada yang menolak. Dan yang gembiranya, kawan-kawanku yang serumah dengan adik itu seronok mendengar, namun adik yang aku harapkan mendengar malangnya bermain phone. Ujian untuk hati bersabar, lantas menggunakan cara-cara lain menyentuh hati.
Sekarang tibalah waktu untuk aku melamar mereka untuk menjadi mutarabbiku. Perasaan bergetar, jiwa berkocak tak mampu pun dituliskan di sini. Allah je yang tahu perasaan ketika itu. Namun, aku terus gagahkan diri untuk bertanya.
Aku memujuk diri,
"Nura. tiada salahnya untuk dia menolak kerana bukan itu yang engkau harapkan, namun cinta Allah pada engkau yang diharapkan lebih. Allah melihat usaha-usaha ini, dan semua out pasti tak disiakan."
Lantas aku beranikan diri bertanya, dan tiba-tiba jawapannya,
"Boleh je akak."
Terus aku bergegas berjumpa murabbi cerita akan khabar gembira ini. Hampir menangis aku kerana terlalu gembira. Namun, sudah tentu hasil seperti ini ada rahsianya. Tiap-tiap malam aku tidak berhenti-henti berdoa agar mereka menerima diriku menjadi murabbi dan agar Allah memberi aku peluang itu. Dek terikatnya hati-hati kami, aku menjadi sangat sayang kepada mereka, dan sungguh aku tahu cara ekspresikan saying yang paling besar adalah membawa mereka dekat dengan Tuhan, agar boleh sama-sama bahagia di akhirat yang lebih kekal abadi.
Dan aku mulakan usrah yang pertama, aku bawa seorang peneman kerana tidak yakin pada diri. Alhamdulillah berjalan lancar sahaja. Dan masa terus berjalan, sehingga aku dikhabarkan perlu menerima lagi dua adik untuk diusrahkan bersama.
Dan malam itu kami dijadualkan untuk ber'mabit'. Adik-adik usrahku tidak dapat hadir tiba-tiba. Malam itu hujan, aku membuat keputusan untuk meredah hujan ke rumah mereka. Dan aku sampai di bangunan itu. Waktu itu, perasaan berbelah-bahagi, tidak berkeyakinan untuk menekan loceng rumah itu. Banyak kali aku menghadapi situasi ini, tapi sebelum ini aku berjaya mengatasi perasaan malu dan tak berkeyakinan. Namun, hari ini aku kalah.
Dalam hujan aku menangis kerana tidak mampu melawan perasaan ini, kerana aku gagal mengajak adik-adikku untuk ke program. Dan Alhamdulillah, Allah mengurniakan aku seorang teman yang memujuk untuk tidak menyalahkan diri.
Dan tugas perlu disambung, aku perlu juga ke program itu, walau tidak membawa sesiapa pun bersama. Di situ aku bakal menerima algi dua orang adik. Dan bukan "yeahhhh" atau "bestnyaaa" yang aku rasakan, bahkan yang lebih kuat itu adalah bebanan. Allah, sungguh 3 orang pun aku tak mampu bawa, dan Engkau tambahkan lagi dua.
Dan malam itu aku mencari kekuatan demi kekuatan. Aku tidak terus naik bermabit bersama, tapi mengambil keputusan untuk hadir di pagi hari.
Terdengar perbualan mereka di sebelahku.
"Entunna akan dapat usrah baru! Bersama kawan-kawan dan murabbi baru. Nak tahu tak siapa murabbi baru itu?"
Sungguh, takut untuk mengakui aku sebagai murabbi baru mereka. Allah, sungguh aku tidak layak. Tapi aku takut untuk menghampakan murabbi lamanya yang berusaha sepenuh hati membina mereka. Selepas hari itu, aku berusaha bersungguh-sungguh mempertautkan hati dengan mereka. Dan ajaib, seakan hadiah dari langit Allah turunkan, mereka menjadi kesayanganku dengan cepat dan menjadi penguat dan penceria di usrah kami.
Usrah berlima pun bermula, tapi usrah ini tidak pernah dihadiri oleh kelima-limanya. Dan cabaran besar bermula, untuk menuntut komitmen mereka berusrah. Hampir enam bulan masa diambil dan akhirnya, semua mula memberi komitmen dengan usrah kami. Semua datang dengan ceria, merelakan diri bukan lagi dalam paksaan. Dan kini usrah kami menjadi enam, hadirnya seorang lagi sebagai penyeri.
Enam bulan. Dan pada enam bulan itu, seolah perjalanan perubahan seorang nura. Mungkin cerita ini sedikit-sedikit akan ditulis.
Susah, penat, perit, takut, pengorbanan dan bermacam lagi dilalui. Namun, akhirnya menjadi bahagia, rindu, sayang,, etc.
Sungguh, indah perubahan kerana Allah.
Dan pada enam bulan itu, nura seakan tidak pernah missed tahajud. Tak berhenti-henti dia berdoa. Sungguh dia menangis banyak, dan semua perkara diadukan pada Tuhannya. Dan itulah kebahagian yang dia harap akan perolehnya lagi.

No comments:
Post a Comment