Friday, 21 November 2014

Pengajaran Dari Surah Quraisy

Huraian diambil dari tafsir fi zilal ditulis oleh Syed Qutub.

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

1. Kerana (mengenangkan ni'mat) kebiasaan kaum Quraisy.

2. Iaitu kebiasaan mereka melakukan perjalanan perniagaan pada musim
sejuk dan panas.

3. Maka kerana itu hendaklah mereka menyembah Tuhan rumah Ka'abah
ini.

4. Yang telah mengurniakan makanan yang menyelamatkan mereka dari
kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Demikianlah tafsir surah Quraisy. Mari kita lihat kisah di sebalik nikmat yang diberikan kepada kaum Quraisy.

Suatu ketika dahulu, Nabi Ibrahim a.s. pernah meninggalkan isterinya, Hajar bersama Nabi Ismail a.s. yang masih bayi lagi di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang (sekarang merupakan Makkah).

Nabi Ibrahim memohon kepada Allah;

"Ya Tuhanku! Jadikanlah negeri ini sebuah negeri yang aman sentosa
dan kurniakanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya."
(Al-Baqarah:126)

Berkat doa Nabi Ibrahim ini yang sememangnya merupakan kesayangan Allah, tanah yang dahulunya gersang dan kering kontang kini telah menjadi tumpuan manusia dari seluruh negara.

Lalu nabi Ibrahim dan nabi Ismail turut membina kaabah dan seterusnya menjadi tumpuan kepada manusia untuk beribadah.

Peristiwa serangan bala Tentera Bergajah memberi kesan yang amat besar menambahkan kehormatan rumah Ka'abah di seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab juga meninggikan darjat penduduknya dan para penjaganya dari kaum Quraisy. Ini menolong mereka dapat menjelajah ke negeri-negeri lain dengan aman, kerana di mana sahaja mereka pergi, mereka dihormati dan dilayani dengan baik. 

Ini juga menggalakkan mereka mengadakan perjalanan perniagaan dua hala yang besar dengan angkatan-angkatan kafilah iaitu perjalanan ke  Yaman pada musim sejuk, dan ke Syam pada musim panas.

Walaupun keamanan jalan-jalan bukit di Semenanjung Tanah Arab dalam keadaan yang buruk dan penuh dengan kejadian samun-menyamun,tetapi kehormatan Baitullah yang dirasakan di seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab telah menjamin keamanan dan keselamatan kepada penduduk-penduduknya dalam kegiatan-kegiatan perniagaan mereka. 

Itulah ni'mat rezeki yang mewah hasil dari dua perjalanan perniagaan itu, sedangkan negeri mereka kering-kontang. Mereka dapat hidup selesa dan senang dari limpah kurnia Allah. 

Itulah ni'mat keamanan dari ketakutan sama ada di kampung halaman mereka sendiri di sekitar Baitullah atau dalam perjalanan-perjalanan mereka ke negeri-negeri lain. Mereka selamalamanya berada dalam lindungan kehormatan rumah suci Ka'abah yang dipelihara Allah dari segala pencerobohan.

Allah mengingatkan kaum Quraisy dengan ni'mat-ni'mat itu supaya mereka merasa malu kerana menyembah yang lain dari Allah, sedangkan Allah itulah penaung rumah suci itu, mereka hidup aman sentosa dan dengan nama rumah suci itu mereka diberi layanan yang baik dalam perjalanan-perjalanan mereka dan mereka dapat pulang kembali dengan
selamat.

Allah berfirman kepada kaum Quraisy: Kerana mengenangkan ni'mat kebiasaan orang Quraisy yang melakukan perjalanan perniagaan pada musim sejuk dan musim panas, maka sudah sewajarnya mereka menyembah Allah penaung rumah suci itu yang telah mengurniakan ni'mat keamanan kepada mereka; 
yang telah menjadikan mereka begitu biasa dan selesa dengan perjalanan-perjalanan perniagaan itu dan dari perniagaan-perniagaan inilah mereka memperoleh hasil keuntungan yang mewah.

Kerana itu:

"Maka kerana itu hendaklah mereka menyembah Tuhan rumah Ka'abah
ini."

"Yang telah mengurniakan makanan yang menyelamatkan mereka dari
kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan."


Mengikut keadaan bumi negeri mereka, mereka sepatutnya sentiasa diancam kelaparan, tetapi Allah selamatkan mereka dengan bekalan-bekalan makanan dari kelaparan itu.


Mengikut keadaan mereka yang lemah dan keadaan 'alam sekitar di sekeliling mereka, mereka sepatutnya sentiasa diancam ketakutan, tetapi Allah amankan mereka dari ketakutan itu.

Seterusnya huraian dari hati sendiri;

Al Quran bukan diturunkan kepada kaum Quraisy sahaja namun diturunkan kepada seluruh manusia. Allah bukan hanya ingin memberi pengajaran pada mereka sahaja namun pada kita juga. Pengajaran dari al Quran bersesuaian sahaja sepanjang zaman.

Oleh itu, mari kita 'reflect' diri sendiri balik. Dengan nikmat yang diberi, kita punya tubuh badan yang sempurna, penglihatan, pendengaran, percakapan, pergerakan yang sempurna, tidakkah kita ingin menggunakan segalanya untuk melakukan perkara yang Allah redhai? Dengan rahmat yang terlalu banyak dilimpahkan ke bumi, tidakkah kita ingin beribadah dengan sepenuh hati?

Dengan nikmat yang Allah beri, kesenangan dan nikmat Islam itu sendiri, tidakkan kita ingin menyebarkan bahagianya?

Moga kita menjadi hamba yang bersyukur. Menggunakan segala nikmat yang diberi sebaik mungkin.


Selain itu, surah ini menceritakan tentang kelebihan orang Quraisy yang menyebabkan Allah memilih kaum itu menjadi tulang belakang kepada penyebaran agama islam?

Penempatan mereka di mekah, kenapa islam diturunkan di situ?
  1. Di pusat dunia, di tengah2 tanah arab.
  2. Mereka paling faham bahasa arab.
  3. Mereka merupakan orang yang berpegang kepada prinsip.
  4. Mereka mempunyai semangat setiakawan kepada kabilah, sekiranya kita bawa kualiti ini ke dalam islam, mereka mempunyai semangat ukhuwah yang sangat kuat.


Kalau 'reflect' kita sebagai orang melayu?
  1. Negara kita Malaysia: semua benda pun ada (sungai, bukit, laut), cuaca tidak sejuk, tidak panas.
  2. Orang melayu tidak faham bahasa arab, tetapi lidah kita boleh belajar semua bahasa dunia.
  3. Orang melayu boleh bergaul dengan semua masyarakat dunia. Semua masyarakat lain sukakan orang melayu. Eg: orang arab takleh masuk sgt dgn orang jepun, sebab orang arab kasar, dan orang jepun pula terlalu lembut.
  4. Orang melayu sopan santun, jujur. 

Jadi, dengan semua kelebihan yang diberikan ini, kita perlu menyalurkannya untuk menolong agama Allah dan menaikkan Islam semula ke tempat yang tertinggi sebagai ustaziatul 'alam.

Jadilah hamba dan khalifah Allah yang terbaik. Jom jadi duta Islam. Sila lihat video ini.

http://www.youtube.com/watch?v=cHIc_GhT31o

Jadi, tugasan minggu ini, kita ingin membina harapan apa yang kita akan jadi sebelum masuk tahun baru. Berdasarkan tugas yang kita galas di dunia sebagai hamba, khalifah, anak, pelajar, PIC ke, macam-macam lagi la, jadi apa yang kita nak capai melalui tugas-tugas tu. 

Contohnya untuk mutabaah amal, kita nak baca 10 m/s sehari, nak qiam setiap hari ke. Untuk pelajar yang cemerlang, kita nak belajar 5 jam sehari ke. :D Dan untuk mutarabbi yang solehah, kita nak bagi sentiasa doakan murabbi ke.. :P hehe..

Ok, selesai senaraikan tulis dalam kertas dan jadikan bintang. Kalau tak pandai, boleh rujuk ini.

http://www.youtube.com/watch?v=u4Woj9oP3AI

Jadikan bintang itu cantik macam adik cemerlang ni;



Ok, dan akak comel akan kutip bintang2 itu, sambil bertanya bila nak buat usrah next. Walaupun dalam fatrah exam, tahu je adik2 hebat ni nak jugak spend masa untuk Allah kan.. :)

Amaran: Dilarang menyebarkan alamat blog ini. Sekian.






No comments:

Post a Comment