Akhir-akhir ini banyak berbicara tentang nikmat. Nikmat Allah yang memang tak terhitung. Diri berasa bahagia, miliki Tuhan yang sangat kaya dengan rahmat-Nya.
Bila dibicarakan tentang nikmat, dahulunya sentiasa menganggap nikmat itu adalah kesenangan-kesenangan yang terpancar jelas di mata manusia. Harta, kekayaan, anak yang banyak, riang gembira dan banyak lagi.
Namun, makin lama diri makin mengenal satu nikmat besar apabila menemui Islam yang sebenar, apabila mula mengenali Allah, apabila menyedari hakikat sebenar keimanan, apabila mula hidup berinteraksi dengan al-quran. Nikmat yang sangat besar apabila Allah menemukan dengan jalan dakwah dan tarbiyah ini. Akhirnya, diri yang mati suatu ketika dahulu mula hidup. Dan akan terus cuba menghidupkan orang lain.
Kenapa tarbiyah memberi kehidupan? Kerana tarbiyahlah yang mendekatkan diri dengan Allah, yang menyebabkan hati yang suatu ketika dahulu kosong walaupun ketika itu sedang menghadap-Nya. Alangkah rugi hidup yang hampir 20 tahun yang disiakan tanpa mengenal tujuan penciptaan manusia dengan sebenar-benarnya iaitu sebagai hamba dan khalifah-Nya.
Menjadi seorang hamba kepada Allah itu juga merupakan nikmat yang terbesar. Mana mungkin seorang hamba itu tidak bahagia apabila Tuhan yang menciptakannya itu telah menetapkan ke atas diriNya sifat Ar-Rahman, Maha Penyayang.
Dengan sifat itu, Allah menurunkan rahmatNya ke atas semua manusia tanpa terkecuali sesiapa pun. Walaupun manusia itu tidak beriman padaNya. Lihatlah sekeliling, langit dan bumi itu penciptaan yang sangat besar. Bagaimana langit dapat berdiri tanpa tiang? Bagaimana air masin dan tawar bertemu tanpa bercampur rasa? Dan macam-macam lagi.
Dan penciptaan manusia itu keajaiban yang sangat besar. Kerana manusia adalah sebaik-baik penciptaan, maka kita lihat setiap dari sel yang membentuk diri ini adalah yang terbaik. Tidak muingkin organ dari haiwan dapat menggantikan organ manusia. Jika kita hayati dengan baik setiap kejadian Allah pada tubuh manusia ini, mesti hati tidak akan berhenti mengagumi dan memuji penciptaanNya. Fasa semasa kita dalam rahim ibu sangatlah kritikal. Pada masa itu, macam-macam abnormality boleh berlaku. Mungkin kita dilahirkan tanpa tangan dan kaki, mungkin kita dilahirkan tanpa penglihatan dan mungkin kita dilahirkan dengan keadaan jantina yang tidak normal. Terlalu banyak kebarangkalian untuk tidak sempurna itu. Namun, Allah telah menjadikan kelahirann kita dalam keadaan tubuh yang sangat sempurna. Jika kita dapat hayati dengan sebaik-baiknya nikmat itu, mestilah hati akan sentiasa mensyukuri nikmatNya.
Bersyukur. Adakah hanya dengan kata? Hanya dengan mengucapkan alhamdulillah. Tidak, ia lebih dari itu. Apabila hati betul-betul bersyukur, perasaan itu akan terpancar pada perlakuan. Allah sudah beri segala-galanya pada kita, apakah masih susah lagi diri ini untuk menginfakkan seluruh jiwa, tenaga, harta pada jalanNya? Apakah diri tidak ingin menjadi hamba dan khalifahNya yang terbaik apabila Dia sudah memberikan segalanya yang terbaik untuk kita.
Wahai diri, belajarlah untuk bersyukur, belajarlah untuk berkorban, belajarlah untuk bermujahadah sebagai tanda cintamu dan tanda kesyukuranmu terhadap Tuhan yang satu. Dunia hanyalah sementara, akhirat adalah tempat kembali kita. Apakah diri masih ingin terus berehat-rehat lagi. Tugas untuk memakmurkan bumi Allah itu sangat berat dan perjalanan untuk memenangkan agamaNya masih panjang lagi. Adakan diri terus ingin bermain-main, berehat-rehat?

No comments:
Post a Comment