Ilham untuk membuat blog ini datangnya dari keajaiban demi keajaiban yang dilalui dan diketahui diri ini.
Allah kenalkan aku dengan Islam yang sebenar, bukan Islam yang selama ini kita tahu solat, puasa, haji dan sebagainya. Bahkan, sebenarnya Islam lebih dari itu. Islam agama yang syumul, meliputi segala-galanya. Moga diri ini dapat terus praktikkan Islam sebagai cara hidup.
Di sini, aku ingin ceritakan kisah hidup aku di negara orang ini, negara barakah yang pernah dijejak Rasulullah s.a.w yang tercinta dan para sahabat yang dijamin ke syurga. Sebab aku rasa ceritanya terlalu indah untuk aku luputkan begitu sahaja.
InsyaAllah, di sini aku ingin turut muatkan kajian-kajian dan bacaan aku mengenai perubatan. Moga tiga tahun berbaki di negara orang ini melahirkan seorang yang utuh agamanya, banyak ilmunya dan amalnya. Moga aku dapat berbakti pada Islam dengan sebaik-baiknya suatu hari nanti. Doakan~~
Keajaiban demi keajaiban??
Di sini aku jumpa keajaiban bertawakal dan berdoa. Di sini aku jumpa keajaiban ciptaan Allah melalui tubuh badan manusia yang aku pelajari ini. Aku jumpa keajaiban ayat-ayat al Quran.
Ya, keajaiban inilah yang aku ingin kongsi bersama.
Moga penulis ini akan terus istiqamah melakukan tugasnya sebagai khlaifah di muka bumi ini. Aku ingin menjadi researcher Islam yang hebat satu hari nanti. Doakan aku dapat menggalas tugas dengan sebaiknya.

No comments:
Post a Comment