Mungkin ketika entry ini ditulis ada anak muda yang sedang:
~giat turun padang berpolitik dan berkempen untuk parti pillihan hati
~berat fikirannya terhadap ummat Islam yang kian tenat lalu turun berdakwah dan cuba mengembalikan mereka kepada Islam yang sebenar
~menghadiri lecture di university, menyiapkan assignment atau thesis, study group, discussion dan sebagainya
~bekerja keras siang malam mencari rezeki untuk keluarga
~berhibur menghadap gadjet, menghabiskan masa dengan games, menonton movie dan hiburan melampau
Dan banyak lagi yang tidak ditulis. Ini sekadar sebagai introduction yang boring sebenarnya.
Jadi, marilah kita tidak men'skema'kan diri dan tulisan. Apa yang berserabut di fikiran atau melompat-lompat di hati untuk diluahkan hari ini adalah disebabkan topik yang saya rasa agak hot la terutama dalam kalangan mahasiswa dan mereka yang mengikuti usrah khususnya.
Mungkin artikel ni tak sesuai sangat pun untuk mereka yang dalam golongan kelima itu; yang masih lagi merasa dunia ini segalanya dan membunuh usia-usia muda dengan perkara sia-sia. Jadi, jika anda golongan itu, stop di sini sahaja! Takut nanti kerana ketidakfahaman, anda akan terus mencerca saya. huhu XoX
'Politik untuk orang-orang tua. Kami masih muda.'
'Tarbiah tidak ada kaitannya dengan politik.'
'Politik kotor. Jangan mencamparkan diri ke lembah kotor itu.'
'Politik menyebabkan Jemaah meninggalkan tarbiah.'
Okayy, kita pergi ke statement pertama.
Mari kita lihat sekeliling kita. Jika anda di university mesti lebih dari 90% adalah anak muda. Jika anda di tempat kerja mungkin lebih dari 70% orang muda. Mana kita nak jumpa tempat yang ramainya orang tua? Jawapannya, di rumah orang tua la! Haha, lawak hambar sebentar.
Konklusinya di sini kita nampak yang memenuhi kawasan-kawasan penting atau yang menjadi tempat berkembangnya negara itu adalah anak-anak muda. Dan masa depan negara seolah terletak di bahu mereka. Dan masa depan mereka turut bergantung pada keadaan negara akan datang.
Jadi, kenapa masih tidak peduli? Kenapa kita perlu serahkan semuanya pada orang-orang sudah berusia. Sedangkan mereka tahu yang tidak lama lagi tempat mereka bukan di dunia. Jika dikatakan negara kita muflis pada tahun 2030 contohnya, perlukah mereka peduli sedangkan mungkin waktu itu badan sudah dikandung tanah. Lalu, mengapa perlu mereka berhabis-habis tenaga berjuang? Untuk siapa semua itu? Tak lain tak bukan untuk generasi-generasi muda; anak-anak dan cucu-cucu mereka.
Dan kita biarkan seolah tidak peduli. Sanggupkah biarkan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang sakit lututnya, perlahan jalannya bergerak dari rumah ke rumah yang jauh jaraknya untuk meraih undi terhadap parti yang dirasakan mampu memperbaiki keadaan negara yang tenat?
Tidak malukah kita terhadap sihatnya badan dan banyaknya tenaga, lalu duduk diam di dalam rumah berehat sambil men'scroll' facebook, insta dan sebagainya? Sedangkan yang akan ditimpa bencana terhadap ketidakpedulian itu adalah kita semua dan anak-anak kita satu hari nanti.
Bangunlah!
Bertindaklah mengikut kemampuanmu, wahai anak muda!

Usrah membasahkan hati dan menggerakkan amal, membuat kita bersungguh ingin meng'islah' diri dan orang sekeliling. Dan saya sangat respect pada jiwa-jiwa yang sangat faham akan tarbiah seterusnya menggelarkan diri mereka daie dan terjun kepada masyarakat untuk turut menarik mereka untuk faham islam yang sebenarnya.
Namun, terjunan mereka itu hanya setakat beberapa meter dan berputar di dalam bulatan sendiri. Mahasiswa hanya mengambil berat tentang mahasiswa di sekelilingnya, begitu juga ikhwah akhowat student oversea hanya mengambil berat tentang pelajar di negaranya.
Setiap minggu akan diadakan usrah yang sangat basah, membuat diri terisi dengan iman dan ingin terus kuat beramal. Malangnya, perasaan itu hanya berkekalan di 'comfort zone' mereka. Apabila perlu pulang ke tanah air dan meneruskan perjuangan di dalam jemaah mereka kalah. Mereka menginginkan keadaan yang sama seperti dahulu, tanpa sedar yang kini medannya lain, mereka perlu melangkah lebih jauh.
Politik bukan hanya tentang kepimpinan dan pemerintahan. Malah merangkumi masyarakat sekeliling, keadaan negara bahkan perkembangan dunia. Kita faham yang Islam bukan hanya terhad pada ibadah, tetapi merangkumi semua aspek kehidupan. Dalam Usul 1 daripada karangan Imam Hassan al Banna ada menyatakan,

"Islam adalah satu sistem menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah atau negara atau kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan atau pun kasih sayang dan keadilan. Ia adalah undang-undang atau keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga dalah material dan harta benda ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakawah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih."