Wednesday, 2 August 2017

Akukah Pemuda?



Mengimbau semula tazkirah2 ringkas sheikhah.

"Untuk mengembalikan Islam ke tempat yang tertinggi, seseorang pemuda itu bukan hanya kena ada himmah (kehendak/tekad) tapi dia juga perlu ada ham (kesedihan) dan itu yang akan menjadi faktor penolak untuk dia terus bergerak.

Saya bagi contoh mudah, katakanlah kalau seseorang itu ingin berjaya dalam peperiksaan. Semestinya dia perlu ada target atau keinginan untuk cemerlang. Pada masa yang sama orang itu pasti pernah berpengalamanmenangis atau sedih kerana gagal atau kesusahan hidup. Dan itu akan jadi faktor penolak besar untuk dia terus berjaya dan tidak mengalami kesedihan yang sama,


Sepertinya kita ingin mengembalikan kemenangan Islam, kita mesti ada himmah; keinginan untuk melihat semula Islam yang berada di puncak tertinggi dunia dan seluruh manusia berada dalam naungannya dan syari'at tertegak di bumi, namun, himmah sahaja tidak cukup untuk menjadi faktor pemuda itu terus bergerak. Faktor penolak yang penting adalah ham, yang mana pemuda itu sentiasa berasa sedih dengan keadaan ummat dan dunia Islam sekarang, yang mana akan membuatkan dia ingin mengeluarkan saudara2nya yang dalam kehinaan, penyeksaan dan kesempitan itu menikmati kembali hidupnya; hidup dalam lembayung dan rahmat Islam."

Mungkin skrip itu ada yang diubah2, namun kefahamannya seperti itu. Dan banyak lagi contoh2 yg diberi tidak aku ceritakan. Mungkin terjemahan itu banyak cacat-celanya.

Pemuda punya kekuatan yang tiada pada orang tua mahupun kanak2, memetik kata Imam Hassan al Banna;

"Asas keimanan ialah hati yang bersih,
Asas keikhlasan ialah jiwa yang suci,
Asas semangat ialah keinginan yang kuat,
Asas usaha ialah keazaman yang membara,
dan semua sifat ini tidak wujud kecuali pada PEMUDA."

Jadi, wahai pemuda, sedarlah bahawa kemenangan Islam kini terletak pada dirimu. Siapa yang engkau ingin harapkan? Adik-adik yang masih belum matang fikirannya? Pakcik makcik yang sudah kurang tenaganya?

Malulah. Jika akal fikiranmu, anggota tubuhmu sempurna, tetapi engkau berpeluk tubuh tidak melakukan apa. Duduk di hadapan tv bergelak-tawa, menghabiskan masa2mu melepak bergembira, membuang masa dengan gadjet2 di tanganmu, membazir berbelanja dan menikmati makanan sepuasnya hingga ada yang terbuang walaupun masih elok.

Mana himmahmu untuk kemenangan Islam?
Mana hammu terhadap penindasan saudara2mu?

Just a short reminder, for me especially.
Writing this after watching the video. T.T