Salji turun dengan lebatnya di luar. Perasaan membuak-buak untuk keluar bermain ketika itu kerana semua ahli rumah sudah menjerit keriangan di luar. Namun, perlu diselesaikan kerja memasak ini terlebih dahulu.
Apabila berada di dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini, banyak pengorbanan dituntut. Harta, tenaga, masa, wang, perasaan dan macam-macam lagi perlu diinfaqkan untuk mencapai kemenangan Islam suatu hari nanti. Termasuklah masa dan tenaga yang dikorbankan untuk memasak hari ini sebagai sarapan untuk program yang akan dimulakan pada jam 8.30 pagi.
Kata seorang ukhti ketika berkongsi sepotong ayat dari surah as-saff;
" "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
Kita semua saling melengkapi antara satu sama lain untuk membina sebuah bangunan itu. Walaupun kita adalah serpihan batu bata yang berada di situ untuk melengkapkan bahagian tepi, namun, tanpa kita tidak tertegak dan cantiklah bangunan itu. Begitu juga dalam hidup ini, walaupun kita ditugaskan untuk memasak sahaja atau mengambil gambar dan sebagainya yang kelihatan kecil, namun, jika ini menyumbang untuk dakwah dan tarbiyah masyarakat, maka itu adalah sumbangan kita untuk memenangkan Islam semula."
Indah hidup di dalam jalan ini. Bahagia dan ketenangan terasa walaupun ujian tidak putus-putus menimpa. Segalnya berpaksikan Dia, Pencipta kita yang teragung.Dunia tidak lagi menjadi ikatan kerana yang diharap lebih itu adalah akhirat atau ppengakhiran yang kekal selama-lamanya.
Kami bertiga bersiap-siap memakai winter coat untuk keluar bermain salji. Sarung tangan dan mafla dicapai sebelum keluar untuk mengelakkan tangan dan muka kebas kesejukan.
Kami memijak-mijak salji di sepanjang jalan. Kata seorang doktor pulmonologist, beginilah yang dirasakan jika patient mempunyai subcutaneous emphysema ketika palpation of chest examination.
Terlihat dua orang remaja sedang bergambar bersama snow man yang dihasilkan mereka sendiri. Kami membuat keputusan untuk bermain salji di pandang yang sama dek luas kawasan itu dan tertakungnya salji di situ.
Kami membentuk hati dan bergambar sebanyak yang mungkin kerana mengenangkan ini adalah tahun terakhir untuk seorang dari kami. Mungkin ini salji terakhir yang dirasainya di sini. Dia yang selama ini amat tidak suka kesejukan akhirnya keluar dua kali hari ini untuk bermain salji.
Aku meminjam phone dia dan mula merakam satu video sebagai kenang-kenangan terahirnya bersama salji di bumi Jordan. Aku mula menekan butang record.
" Apa kenangan manis sepanjang hampir 4 tahun di sini atau yang akn dirindukan bila balik ke Malaysia nanti? "
" Rindu.. Apa ye? Usrah bersama korang. Usrah dengan Ayuni pada tahun pertama di sini. "
Aku terus halakan kamera pada Ayuni yang sedang berada di sebelah Nabila. Ayuni menunjukkan ais berbentuk hati pada kamera.
Dia menyambung, " Usrah bersama Nura pada tahun kedua. "
Dan aku menghalakan kamera kepada diriku.
" Dan usrah kita bersama. Akan rindukan sangat tarbiyah di bumi Jordan ini. "
Nikmat tarbiyah di bumi ini memang terlalu besar. Terasa diri yang kerdil ini terlalu bertuah kerana dipilih Allah untuk mengenali tarbiyah di sini yang merubah hidup hundred percent. Segala puji bagi Allah yang mempertemukan hati--hati kami untuk mencintainya dan bersama-sama berusaha menegakkan syariatNya di muka bumi. Hati-hati yang sentiasa membantu satu sama lain mengislah diri kerana mereka yakin dengan pembentukan individu muslim itu akan tertegaknya kembali islam sebagai ustaziatul 'alam di muka bumi.
Aku mengalihkan kamera kepada Ayuni. Dengan semyuman manisnya, dia memberikan ucapan;
Seketika, aku teringat pada adik-adik yang sedang dalam jagaan kami. Aku ingin mereka rasakan apa yang kami rasa. Semua murobbi menginginkan agar mutarabbinya menjadi lebih baik daripada mereka. Dan kami inginkan benda yang sama.
Moga Allah terus menyambung rantaian dakwah ini dengan kehadiran mereka.